Bukan Je Mudah Jaga, 5 Tumbuhan Ini Pun Boleh Buat Tidur Lebih Nyenyak!

Masalah tak cukup tidur atau gagal untuk tidur pada waktu yang sepatutnya memang akan membuatkan anda cepat penat. Lebih teruk lagi kalau anda tidak boleh fokus melakukan kerja di siang hari akibat tidak cukup rehat.

Mungkin anda pernah dengar sebelum ini ada yang mencadangkan anda untuk melakukan meditasi atau mendengar lagu-lagu yang menenangkan. Tapi kalau itu pun tidak boleh membantu anda untuk tidur, apa kata anda cuba letak tumbuhan hidup di dalam bilik tidur anda.

Dengan adanya tumbuhan di dalam bilik, ia akan membantu anda untuk bernafas lebih baik dan membuatkan badan anda menjadi lebih tenang.

via GIPHY

Lavender

Minyak lavender memang baik untuk memberikan ketenteraman dan bantu anda tidur dengan cepat. Kalau beli aroma terapi nanti cepat habis. Apa kata anda beli lavender kering dan letakkan di bawah bantal supaya anda dapat bau dengan tenang.

Sumber: healthline.com

Lidah mertua

Ini adalah pokok yang viral sejak PKP. Sangat senang nak jaga. Anda hanya perlu siram sekali seminggu. Sangat sesuai untuk orang yang baru nak berjinak-jinak untuk tanam semula pokok.

Sirih gading

Letak tanaman ini dalam bilik sangat elok untuk bersihkan udara. Bila udara dalam bilik bersih mesti anda dapat tidur dengan tenang.

Sumber: tokopedia.net

Anggerik

Bukan sahaja cantik, bunga ini juga boleh mengurangi kadar karbon dioksida dan akan melepaskan oksigen di malam hari. Anda akan tidur lebih baik dan bangun dengan pemandangan yang indah iaitu bunga-bunga mekar.

Lidah buaya

Lidah buaya juga melepaskan oksigen di malam hari. Ia akan meningkatkan kualiti udara dan senang juga untuk dijaga.

Dengan adanya tumbuh-tumbuhan di dalam bilik, ia tak hanya menyihatkan, malah menambah lagi keindahan dekorasi dalaman bilik anda. Tak percaya? Apa kata anda cuba sendiri. Auranya sangat berbeza tau. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna