Bukan Hidangan Telur Biasa, ‘Japanese Omelette’ Resepi Paling Jimat Dan Sedap!

Zaman sekarang ni boleh dikatakan semua barang mahal tidak kira bagi yang sudah bekerja atau masih belajar. Semuanya kena berjimat cermat tambah lagi kalau bab makanan. Bila nak berjimat tu, pernah tak anda makan makanan yang sama setiap hari, sampai rasa dah bosan.

Jadi apa kata anda cuba hidangan yang Donna akan kongsikan, bukan sahaja sedap dan mudah tapi resepi ini juga diinspirasikan daripada makanan Jepun iaitu Japanese Omelette. Haa dengar nama hidangan pun, dah boleh buatkan anda terliur jom cuba resepi di bawah!

Related image

Sumber: giphy

Bahan-bahan : 

  • Telur 4 bij
  • Serbuk Cili
  • Sos thousand island
  • Mayonis
  • Blackpepper
  • Sedikit penambah perasa ‘seasoning’

Cara Penyediaan 

Pecahkan telur ke dalam mangkuk kemudian pukul sehingga kembang. Letakkan ke dalam ‘hot plate’ dalam keadaan suhu betul-betul panas. Taburkan sedikit lada sulah, serbuk cili kemudian balut dengan kemas. Untuk sos di atas, anda boleh letakkan thousand island sauce dan mayonis.

Haa mudah dan jimat kan? Tak perlu nak susah fikir, hidangan ni memang sedap dimakan begitu sahaja dan kalau nak lagi kenyang anda boleh menikmatinya bersama nasi putih.

 

Untuk resepi yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Gulung-Gulung Dah Siap! Resepi Paling Simple Vietnamese Spring Roll

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna