Bukan Haneesya Hanee Je, Ini Antara Senarai Selebriti Wanita Yang Berkulit Gelap

Di media sosial sedang hangat membincangkan isu tentang bahan ejekan masyarakat pada seorang artis muda, Haneesya Hanee kerana memiliki kulit gelap atau sawo matang.

Difahamkan warganet di twitter memandang rendah dengan kulitnya sehinggakan ibu Haneesya tampil membuat laporan polis untuk saman sesetengah pengguna twitter yang mempersendakan kulit anaknya yang disamakan dengan warna batu Hajarul Aswad.

Hm, kenapa sampai macam ni sekali? Warna kulit bukan pengukur kecantikan atau kejayaan seseorang. Setiap orang ada sisi cantiknya tersendiri. Lihatlah senarai artis Malaysia lain yang berjaya dalam dunia industri ni.

Ning Baizura

Penyanyi berbakat yang memiliki suara yang begitu unik. Hanya dengar lantunan suaranya saja ramai yang dah tahu itu suara penyanyi legenda, Ning Baizura.

Nourul

Lama dah kan tak dengar cerita Noorulhuda atau lebih dikenali sebagai Nourul. Bakat yang dimiliki pun tak kurang hebatnya, lantunan suaranya membuatkan semua lagu yang didendangkan halwa telinga.

Dayang Nurfaizah

Sama juga dengan penyanyi ratu vokal, Dayang Nurfaizah. Popularitinya dari dulu sampai sekarang kekal sehinggakan ramai penyanyi baru yang menceburi bidang nyanyian berebut untuk berduet dengan Dayang.

Yuna

Bukan saja menempa nama dalam industri tanah air tapi namanya kini sudah di peringat antarabangsa. Buktinya, muka Yuna terpampang di sebuah papan iklan elektronik di Times Square, New York City pada pertengahan tahun 2016. Kulit gelap pun boleh diterima mat saleh, lagikan kita ni pula yang memang negara berkulit sawo matang.

Nabila Huda

Kalau dah 4 senarai di atas kulit gelap adalah penyanyi, kita pun ada pelakon berbakat iaitu Nabila Huda anak kepada penyanyi rock, Amy Search.

Bukan saja penyanyi, malah pelakon berkulit sawo matang pun ada malah, mereka lebih lama dalam industri ni. Jadi bintang yang ternama ni kena pandai bawa diri dan kawal bahasa dan perasaan.

Jangan ikut emosi bila berdepan dengan netizen. Hm, nampaknya Hanee kena jadikan artis-artis berkulit gelap yang lain sebagai contoh. Semoga sepanjang berada dalam dunia media, Hanee kuat hadap ‘perangai’ netizen.

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik senarai artikel berikut: Sentuhan Solekan Ketika Menjadi Raja Sehari Untuk Wanita Yang Berkulit Sawo Matang , Wajah Nampak Tua Hanya Sebab Salah ‘Make Up’?

Sumber: twitter haneesya

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna