Bukan Boleh Sebarang Simpan, Ada Cara Betul Nak Simpan Susu Ibu

Topik ni sesuai untuk mereka yang bakal menimang cahaya mata pertama atau yang sudah bergelar ibu tapi masih lagi kurang pengetahuan tentang cara penyimpanan susu badan. Bukan apa, perkara ini jarang diketengahkan pada si ibu. Semua kena try and error sendiri baru dapat jalan tapi tak takut ke kalau andaian kita tu salah sebenarnya?

Untuk mengekalkan kesegaran dan zat dalam molekul susu perlu cara yang betul. Jangan ingat, makin disimpan lama dalam peti ais, ia akan kekal berkhasiat dan berzat. Sebenarnya, lebih bagus kalau si manja terus minum susu badan tanpa di,simpan dalam peti ais. Tapi, ranking khasiat susu ibu tetap jauh lebih bagus berbanding susu tin.

Sumber: unsplash

Jadi, artikel kali ni, kami akan kongsikan cara menyimpan susu ibu dengan betul berpandukan sebuah portal khas buat para ibu yang ada bayi atau bakal menjadi ibu.

Perbezaan bacaan suhu

Lihat perbezaan tempoh ketahanan susu ibu mengikut suhu bilik, bekas penyejuk dan peti sejuk. Ingat ye!

Perbezaan suhu peti sejuk

Sekarang lihat pula ketahanan susu mengikut perbezaan jenis peti yang disimpan. Makin sejuk, makin lama tempoh susu bertahan.

Tip ringkas!

Apa pun, walaupun susu badan sudah disejuk beku. Ia tetap ada pantang larang yang lain. Bukan disimpan dalam peti sejuk semata. Misalnya, jangan menggoncang botol yang berisi susu ibu tapi hanya goyangkan membulat. Takut zat susu pecah dan hilang.

Banyak sebenarnya aspek kena dititik berat, baca senarai di bawah untuk ketahui lebih banyak lagi pantang larang bila beri ibu susu sebelum dan selepas dimasukkan dalam peti penyejuk bekuan.

Semoga dengan info yang kami kongsikan ini dapat memberi manfaat pada para ibu di luar sana. Jika ada yang belum dikurniakan anak atau belum berkahwin lagi, anggap saja bacaan ini sebagai tambahan ilmu buat anda.

Nanti tak ada lah nampak kosong sangat bila rakan-rakan membincangkan hal ini. Silap-silap, anda boleh berkongsi info ini dengan mereka. Betul tak? Ihiks! Selamat mengepam susu!

Untuk bacaan yang lebih menarik, anda boleh klik saja senarai artikel berikut:

Doktor Perubatan Ini Menerangkan Perbezaan 10 Jenis Susu Termasuk Susu Sajat, Ops! ,

Susu Badan Memang Sentiasa Ada! Jangan Bagi Alasan

 

 

 

 

Sumber: facebook cozylady

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna