Bukan Biasa-Biasa! Sekarang Dah Ada Deodoran Bau Durian Pula

Kalau sebut sahaja durian, respon yang diberikan oleh orang semestinya berbeza. Jika anda peminat tegar durian, pasti anda melompat bila ada orang cakap nak belanja durian. Tapi untuk anda memang tak minat langsung durian, baunya sahaja pun dah buat muntah.

Sumber: KKday blog

Ini ada berita baik kalau anda yang memang pencinta raja buah ini. Rupanya bau durian dikatakan boleh melawan bau badan. Sampaikan ada sebuah syarikat telah mengeluarkan deodoran bau durian! Bukan kaleng-kaleng!

Selain itu, deodoran tersebut dikatakan terbukti berkesan untuk memastikan kesihatan ketiak anda. Bezanya dengan deodoran biasa, bau harum deodoran durian ini bebas parabens dan bahan kimia lain yang boleh menjejaskan hormon.

Bayangkan kalau satu tempat kerja pakai deodoran yang sama dan ada mesyuarat, mesti orang yang tak suka durian boleh angkat punggung keluar dari bilik meeting.

Agak-agak lepas durian, apa lagi bau yang orang akan buat untuk jadikan deodoran ya? Manalah tahu lepas ini ada orang nak buat deodoran bau jalan raya pula, atau pisang, atau pizza?

Tapi cuma anda bayangkan, setiap kali kita nak makan buah durian. Kita tiba-tiba teringat ketiak. Sanggupkah anda?

 

Baca juga:

Siapa Kata Sarang Burung Untuk Cantik Je, Ini Rahsia Elak Terkena Virus

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Says

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna