Bukan Anugerah Hiburan Semata, ABPBH Kembali Untuk Edisi Ke-32

Jika tahun lalu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke 31 mencatat rekod jumlah tontonan tertinggi hampir enam juta secara menyeluruh sepanjang tiga jam bersiaran kali ini ABPBH kembali dengan edisi ke 32 bertemakan ‘Melangkau Sempadan’. Bukan hanya berbakat, tetapi artis tempatan di Malaysia kini mampu menempa nama dan mengangkat kejayaan merentasi benua.

Selaras dengan tema yang diberikan, BH adalah akhbar yang sering berpegang pada slogan ‘Wadah Pembaharuan’ dalam menjadi sumber informasi dan rujukan rakyat Malaysia melalui kandungan mantap dan menarik. Pengarang Kumpulan BH turut mengambil peluang memastikan bahawa ABPBH kali ini mempunyai pengisian yang baik serta relevan dalam mengukur populariti penggiat seni.

Sekitar Pra Pelancaran ABPBH KE 32 

“Bersesuaian dengan tema seni sejagat, ABPBH buat kali pertama memasukkan kategori artis antarabangsa iaitu artis K-pop Popular, dan artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama. Langkah ini diambil bagi memantapkan kandungan ABPBH yang bukan sahaja menjadi acara anugerah hiburan yang ditonton peminat tempatan malah disaksikan penduduk dunia melalui penstriman.”

Bukan itu sahaja, Pengasas Alha Alfa Cosmetics Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Datuk Alha Alfa menjadi penaja utama bagi ABPBH  untuk dua tahun berturut-turut sejak 2018. Undian kali ini lebih menarik kerana anda berpeluang menggandakan undian melalui langganan BH Digital dengan menggunakan sistem DuitNow. Jangan ketinggalan!

 

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna