Buka Je Peti Ais Mesti Bau Busuk! Nah Pakai Barang Dapur Je Untuk Hilangkan Bau

Alahai bila buka je peti ais, mesti berbau satu rumah! Haa dah sumbat macam-macam lepas tu jarang pula cuci peti ais memang confirm lah berbau. Bayangkan bau hanyir ikan dan bahan basah yang lain melekat pada peti ais sampai makanan yang lain pula berbau sekali. Wahai mak-mak di luar sana walau sesibuk mana pun anda, sekali sekala kena rajin kan diri untuk mengemas dan membersih peti ais.

Haa kebetulan Donna ada tip untuk anda kekalkan haruman yang segar dan wangi pada peti ais, tidak perlu keluar duit dengan banyak pun. Cukup anda menggunakan senarai barang dapur di bawah, dah kekal bau harum dan wangi. Tunggu apa lagi, keep scrolling!

 

 

Baking Soda 

Taburkan sedikit serbuk penaik dan masukkan ke dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk tersebut hilang. Letakkan semula makanan dan masukkan sekotak serbuk penaik yang telah dibuka sedikit agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.

Cuka Putih

Letakkan cuka putih ke dalam bekas, untuk lebih wangi anda perahkan lemon sedikit dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan tadi.

Related image

Sumber: yoso

Oat 

Eh ingat oat sedap untuk dimakan je ke? Ramai yang tak tahu sebenarnya bahan ni boleh digunakan untuk menghilangkan bau busuk dalam peti ais anda. Cara mudah sahaja, letakkan sedikit oat ke dalam mangkuk kemudian biarkan sehingga bau tersebut hilang.

Arang

Ada lebihan arang di rumah, jangan dibuang! Letakkan ia ke dalam bekas kecil dan masukkan ke dalam peti sejuk. Laraskan suhu yang rendah dan tutup pintu untuk beberapa hari, lepas ni tidak perlu risau tiada lagi bau busuk mudah kan?

Esen Vanilla

Nak lagi harum, titis kan je esen vanilla. Pastikan anda guna tuala bersih dan celupkan pada air yang telah dicampurkan dengan esen vanilla, kemudian lap seperti biasa sehingga ia bersih tanpa ada sebarang sisa kotoran.

Lagi satu, penting untuk anda menutup makanan yang tidak habis atau gunakan bekas kedap udara, ini kerana dalam peti ais akan ada pelbagai bakteria yang kita tidak ketahui jadi anda kena sentiasa memastikan peti ais berada dalam keadaan bersih dan wangi.

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Waspada! Risiko Kanser Payudara Lebih Tinggi Bagi Wanita Yang Sudah Berusia

 

 

 

Sumber: mariafird

 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna