Budaya India, Ketahui Disebalik Kemeriahan Perayaan Pesta Cahaya

Perayaan Deepavali atau pun dikenali pesta cahaya akan disambut pada pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil antara bulan Oktober dan November. Mereka pun macam kaum cina dan melayu juga, ada perayaan  mengikut kalender agama masing-masing.

Topik utama kali ini adalah mengetahui cara mereka menyambut perayaan Deepavali. Yelah, bila dah duduk dalam negara yang berbilang bangsa, apa salahnya kita fahamkan perayaan budaya mereka.

Sumber: tajtravel

Tahun ini Deepavali jatuh pada hari Ahad iaitu 27 Oktober, tinggal beberapa hari saja lagi. Sudah pasti ada di antara kita membayangkan perarakkan orang India ke kuil pada, dipakaikan kalung kuning, memasang lilin di sekitar rumah, hiasan rangoli bewarna-warni dan kesibukan pasar malam untuk membeli persiapan perayaan.

Tapi itu belum cukup lagi menunjukkan kemeriahan sambutan Deepavali. Di sebalik kemeriahan sambutan pesta cahaya ini adalah…

Lampu menerangi jalan

Sama juga waktu raya Aidilfitri, akan ada lampu bergantungan di antara tiang lampu jalan raya memeriahkan jalan raya tapi kalau sambutan Deepavali, lampu akan menjadi lebih meriah. Pelbagai corak lampu dihasilkan, warna lampu yang bergantungan membuat satu kawasan dipenuhi cahaya lampu yang sangat cantik dan meriah.

Sumber: expatliving

Makanan

Kalau bukan musim perayaan, makanan tradisional dan manisan kaum india mesti susah nak jumpa. Misalnya, putu mayam, muruku, idli, vadai, nasi briyani, tikka masala dan banyak lagi. Kepada yang menggemari makanan tradisional india, ha waktu ni lah kena makan sepuas-puasnya! Pergi je berkunjung rumah mereka untuk meraikan perayaan mereka, pasti mereka akan hidangkan makanan tradisional mereka. Silap-silap anda jumpa menu baru.

Sumber: dosa

Barangan bewarna-warni

Kalau anda perasan, pakaian dan barangan mereka pasti berwarna-warni dan warna yang digabungkan tu mesti warna yang terang dan berkilat. Ada tu gabungan warna yang tak serasi misalnya kuning dan biru atau hijau dan merah tapi warna gabungan inilah antara penyebab kemeriahan sambutan perayaan deepavali.

Sumber: kampusinternational

Nanti kalau nampak jiran kita sedang membuat persediaan menyambut perayaan deepavali, datanglah membantu. Misalnya, memasang lilin atau menggantung bunga. Dari situ, boleh mengeratkan sillaturahim dengan mereka.

Happy Deepavali untuk anda yang menyambutnya!

 

 

Untuk bacaan yang menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ini Rupanya Sebab Deepavali Diraikan ,

Cara Memasak 5 Jenis Muruku!

 

 

 

 

Sumber: honeycombers

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna