Budak Sekolah ‘Hantar’ Mayat Teman Wanita Akui Langgar Arahan PKP

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan satu kes jenayah yang agak disturbing di Rompin, Negeri Sembilan. Banyak berita membuat perkongian menceritakan tentang seorang pelajar tingkatan lima peringkat sekolah menengah yang ‘menghantar’ mayat teman wanitanya pulang ke rumah.

Well, update about the case, pelajar tingkatan lima itu juga didapati telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pelajar yang tertuduh itu mengaku bersalah setelah dibacakan kesalahanya di hadapan Majistret Azizah Ahmad.

Remaja lelaki tersebut didakwa telah melanggar PKP pada waktu 3 pagi bertarikh 12 April. Peraturan itu dilanggar dengan pelajar tersebut bergerak keluar dari rumahnya ke Kilometer 127 Jalan Kuantan-Seremban sebelum terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan nyawa kekasihnya terkorban.

Tambahan pula, kemalangan yang terbabit apabila pelajar tersebut bertembung dengan seekor kerbau yang berada di tengah jalan pada ketika itu. To continue, pertuduhan dikemukakan mengikut peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Perkara tersebut boleh mendapat hukuman di bawah Peraturan 11(1) iaitu denda tidak lebih RM  berita 1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Nurhalimatun Saadiah Abdullah mengendalikan pendakwaan tersebut.

via GIPHY

Dalam masa yang sama, pihak pendakwaan tidak akan menawarkan jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun, peguam Ahmad Deniel Roslan yang mewakili tertuduh merayu mahkamah untuk diberikan jaminan.

Permohonan jaminan dipertimbangkan faktor usia pelajar lelaki itu masih bersekolah dan selain masih lagi berusia muda. Not just that, ahli keluarga tertuduh telah juga berjanji untuk memberikan kehadiran tertuduh pada sebutan yang akan datang dan akan dikenakan syarat tambahan dan jika jaminan dibenarkan.

via GIPHY

Jaminan dibenarkan sebanyak RM300 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran seminggu sekali dalam masa yang sama menunggu sebutan semula kes pada tarikh 11 Jun untuk laporan akhlak sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman. Hasil daripada itu, abang tertuduh menjelaskan jaminan yang diberikan.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Berita Harian

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna