Budak Perempuan 8 Tahun Ini Menghidapi Kanser Akibat Rutin Masakan Neneknya

Kebanyakkan pasangan suami isteri pada zaman sekarang ni mempunyai kerjaya mereka sendiri demi menampung isi keluarga. Di tambah pula dengan prestasi ekonomi negara yang tidak menentu membuatkan mereka mencari jalan untuk mengurangkan bil-bil tanggungan rumah sebaik yang mungkin.

Antara alternatif yang dilakukan adalah menghantar si kecil di rumah ibu bapa mereka untuk menjaga si kecil. Ya, Donna akui, banyak kelebihan bila menghantar si kecil di rumah ibu bapa kita. Antaranya, mereka akan menjaga dengan baik, menyayangi dan memberi perhatian seperti menjaga anak mereka sendiri.

Namun, sesuatu telah terjadi di negara China apabila terdapat satu berita tentang seorang kanak perempuan berusia 8 tahun di bawa ke hospital oleh neneknya dalam keadaan pengsan dengan muka bewarna hijau.

Sumber: feedytv

Selepas beberapa jam doktor mengenal pasti penyakit kanak-kanak perempuan tersebut, doktor telah mengesahkan kanak perempuan itu menghidapi penyakit kanser yang berpunca daripada makanan yang diambil sepanjang rutin hariannya. Ini kerana doktor menjumpai toksin yang paling bahaya di bahagian perut kanak perempuan tersebut.

Mendengar penerangan daripada pihak doktor, neneknya terus menangis. Apabila menyoal dengan teliti mengenai gaya pemakanan mereka di rumah, barulah doktor mengetahui punca kanak-kanak tersebut menghidapi kanser.

Sumber: feedytv

Ia berpunca daripada makanan yang dimasak dengan kuantiti yang banyak kemudian, dimasukkan ke dalam peti ais untuk dimakan keesokkan harinya dan hari seterusnya sehingga habis stok makanan tersebut.

Menurut kajian, kebanyakan kanser berpunca daripada gaya pemakanan harian kita. Selain daripada menyimpan makanan terlalu lama di dalam peti ais, penggunaan minyak masak berulang-ulang kali juga adalah punca individu  boleh menghidapi penyakit kanser. Hal ini kerana, terdapat N-Nitroso yang boleh menyebabkan kanser perut dan esofagel.

Untuk pengetahuan anda, makanan yang disimpan di dalam peti ais akan menghasilkan bakteria juga tetapi, tidak secepat jika makanan terdedah di udara. Malah, semakin lama makanan tinggal di dalam peti ais, semakin cepat  kandungan nitrit terhasil yang menyebabkan kanser aktif di bahagian perut.

Oleh itu, untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, elakkan makan makanan yang terdedah dengan udara sepanjang malam dan makanan yang disimpan di dalam peti ais dalam tempoh yang panjang.

 

 

 

 

Sumber: feedytv

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna