Budak Lelaki Ini Menang Pertandingan Azan Sementara Ibunya Sibuk Membeli Baju Raya

Lebih kurang lagi tiga minggu je lagi dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri dan sudah semestinya, ibu bapa sibuk membeli kelengkapan pakaian baju raya buat anak-anak di kompleks membeli-belah. Lebih-lebih lagi kalau ada promosi besar-besaran, tawaf satu mall dibuatnya!

Apa yang menarik perhatian kami adalah satu rakaman video yang tular menunjukkan suara lunak seorang budak lelaki melaungkan azan kerana menyertai pertandingan azan.

Menerusi akaun twitter Alya Zamri, disebabkan ibu mereka terlalu lama membeli baju raya, adik lelakinya sempat menyertai pertandingan azan yang dianjurkan di lokasi sama sementara menunggu ibunya.

Wah! Memang sedap pun suara dia tengah azan

Kakaknya juga meluahkan rasa bangga terhadap adiknya kerana berjaya meraih tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Tak sia-sia la si ibu lama-lama shopping sakan baju raya kat mall tu. Semoga adik berjaya dunia dan akhirat!

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna