Buat Yang Masih Bujang, Ini Senarai Resepi Paling Mudah Untuk Anda

Kebanyakan zaman sekarang semuanya nak cepat dan mudah terutamanya bagi anda yang masih bujang tu, asal nak makan mesti beli di kedai. Haa betul tak? Tapi sampai bila nak begitu, apa kata anda masak sendiri di rumah kan lebih jimat. Bila hidup bujang ni mesti anda mahukan sesuatu yang mudah dan ringkas, bak kata orang sebelah mata pun boleh settle hiks!

Jom Donna kongsikan pada anda semua senarai resepi paling mudah, mungkin dengan resepi ni boleh jadi modal untuk pikat hati bakal mak mertua, belum cuba belum tahu!

Related image

Sumber: livejapan

Nasi Goreng Ayahanda

Bahan-bahan 

6 cawan nasi putih
3 sudu besar udang kering – direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan.
3 biji telur
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 sudu teh lada hitam
1 biji cili merah dihiris
Garam, gula dan perasa
Minyak untuk menumis

Cara Penyediaan

Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata. Kemudian panaskan minyak secukupnya dalam kuali tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Jangan sampai rentung. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.

Image result for kari ayam

Sumber: resepi mudah

Kari Ayam Zero Fat 

Bahan-bahan 

3 ketul ayam
2 sudu rempah kari Baba’s
1/2 bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
1 biji kentang
1 cawan air
2 sudu minyak
Secubit rasa

Cara Penyediaan

Mula-mula panaskan minyak. Goreng bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan goreng sehingga wangi. Masukkan air dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, masukkan kentang, kentang, bendi dan ayam dan biarkan sehingga masak. Akhir sekali, masukkan secubit rasa atau garam dan gula dan biar sehingga sedikit pekat. Siap untuk di hidang!

Image result for ayam goreng kunyit

Sumber: bella

Ayam Goreng Kunyit Power

Bahan-bahan

Ayam yang dipotong kecil
Serbuk kunyit
Serbuk cukup rasa
3 ulas bawang merah
4-5 tangkai cili padi
Sedikit halia
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Tambahan: Bawang putih 2 ulas, dan cili merah

Cara Penyediaan

Bawang merah, cili padi, halia dihiris halus dan etepikan. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cukup rasa selama beberapa jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Guna minyak yang sama, masukkan bawang merah, cili padi, halia dan sedikit garam jika mahu. Kalau nak tambah bawang putih dan cili merah pun cun. Hidangkan dengan nasi panas.

Image result for telur masam manis

Sumber: zarabaking

Telur Masak Masam-Masam Manis

Bahan-bahan 

Telur ayam, jumlah ikut suka
Seulas bawang putih
Sos cili
Air
Gula

Cara Penyediaan

Goreng telur ala mata kerbau dan asingkan. Kemudian, tumbuk bawang putih sampai lumat dan tumiskan. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan sos cili dalam kuantiti yang juga ikut suka. Jika anda suka makan berkuah, masukkan banyak sedikit. Akhir sekali, masukkan sedikit air untuk mencairkan sos dan masukkan gula. Kacau sehingga masak. Tuangkan sos ini ke atas telur mata yang telah digoreng tadi.

Haa ‘campak-campak’ dah siap satu hidangan, nak masak ni bukannya susah pun. Malu tau kalau orang bujang tak reti masak hiks!

 

 

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini:

Dia Nombor Satu Dalam Hidup, Sampai Hanif Pun Saya Tolak Ke Tepi Anzalna Nasir

 

 

 

Sumber: says

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna