Buat Snek Bersama Si Manja Pada Cuti Sekolah

Cuti persekolah si manja sudah hampir tamat, tinggal berapa minggu je lagi sebelum tiba tahun baru bermula dan Donna nak tanya, sepanjang cuti sekolah ini, aktiviti apa je yang anda lakukan bersama dengan si manja?

Keluar beriadah dan berjalan saja? Apa kata pada minggu ini anda lakukan aktiviti yang sedikit berbeza. Tak perlu bersiap keluar jalan-jalan jauh pun. Cukup sekadar di ruangan dapur saja!

Apa yang anda perlu sediakan hanyalah 3 bahan ini saja, iaitu;

Bahan-bahan

  1. Coklat bar
  2. Kacang atau badam
  3. Batang biskut

Cara membuat

  1. Cairkan coklat bar.
  2. Goreng kacang atau badam dan tumbuk mengikut citarasa.
  3. Celupkan batang biskut ke dalam coklat dan lumur dengan kacang atau badam yang sudah ditumbuk.
  4. Susun mengikut idea si manja
  5. Hidangkan untuk makan bersama dengan mereka atau rakan mereka.

Bukan apa, aktiviti seperti ini sebenarnya yang dapat mewujudkan keharmonian dan mengeratkan hubungan antara anda dan si manja.

Bayangkan, sambil menunggu coklat cair atau sedang mencelup biskut ke dalam coklat, si manja dan anda bertukar cerita dan berkongsi pendapat. Seronokkan? Selamat bercuti dengan si manja!

 

 

Sumber: Instagram

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna