Buat Si Kaki ‘Travel’ Ini 3 Negara Termurah Untuk ‘Backpacker’

“Tak perlu pakai banyak duit pun kalau pergi 4 negara ni”

Hmm kenapalah setiap kali nak pergi bercuti di luar negara je memerlukan banyak duit. Nampak orang lain upload gambar di Instagram  ketika melancong macam seronok je tapi bila turn anda nak bercuti mesti bajet tak cukup. Memang tak dapat dinafikan, melancong ke luar negara memerlukan perbelanjaan yang banyak berbanding di dalam Malaysia.

Tapi jangan risau buat kaki travel ni, tidak perlu putus harapan kerana Donna akan kongsikan kepada anda 3 senarai negara termurah untuk anda lawati. Tunggu apa lagi, jom lihat di bawah!

Image result for negara kamboja

Sumber: trip

Kemboja

Bagi jenis yang gemar travel seorang diri dan tak suka terikat dengan pakej, Kamboja adalah destinasi terbaik kerana mereka menawarkan harga yang murah untuk backpacker dari segi penginapan dan makanan. Bajet untuk sekali makan hanya rm5 hinggan rm10 sahaja. Haa murah kan?

Bukan itu sahaja apa yang menariknya di sini, bangunan bersejarah seperti Angkor Wat dan kemudahan seperti tuk-tuk sambil mengelilingi kota Pnom Penh memang memberi satu pengalaman yang lain daripada biasa.

Related image

Sumber:

Mexico 

Dah nama pun bercuti, takkan nak pergi tempat-tempat biasa je, betul tak? Dengar je nama negara di Benua Amerika mesti anda sangka ianya mahal. Mexico adalah negara ‘syurga’ buat si backpacker kerana mereka menawarkan harga RM 87 untuk sehari. Haa cukup murah!

Sepanjang jalan kaki lima tu anda akan nampak peniaga yang menjual makanan ringan seperti taco, tortilla dan makanan khas yang lain. Sambil jalan tu, boleh singgah untuk menikmati pemandangan di pantai-pantai popular seperti Cancun atau Cabo.

Nepal

Image result for nepal

Sumber: nepal

Nak rasa pengalaman yang luar biasa? Destinasi ini menjadi pilihan yang anda wajib pergi kerana di sana mempunyai pemandangan yang indah dan tenang. Bagi yang suka seni artistik, anda boleh lawati di kota-kota utama di Nepal seperti Pokhara.

Tak perlu tangguh lama-lama untuk bercuti, sekarang dah boleh rancang dan ambil masa untuk ‘me time’, mungkin dengan cara ini boleh buatkan anda berasa tenang untuk travel sebab tak perlu bajet yang besar, betul tak? Happy travelling!

 

 

 

Sumber: blogairpaz

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna