Buat Sendiri Pun Boleh! ‘Pen Cai’ Resepi Sup Istimewa Untuk Sambutan Tahun Baru Cina

Bagi yang masih belum tahu, Pen Cai adalah satu sajian yang menjadi pilihan pada musim Tahun Baru Cina kerana portion yang dihidangkan adalah besar untuk dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Eh jangan terkejut, bagi bukan yang berbangsa cina pun anda boleh menikmatinya sendiri dengan berpandukan resipi yang Donna akan kongsikan di bawah.

Sebelum tu, walaupun resepi ini menggunakan pelbagai bahan tetapi cara penyediaan sangat mudah untuk dilakukan. Lazimnya, masyarakat Cina akan menggunakan itik salai atau daging khinzir panggang tetapi anda boleh ubah suai sedikit agar semua ahli keluarga boleh dinikmati.

Sumber: butterkicap 

Bahan-Bahan

  • 50g pundi angin ikan kering (fish maw)
  • 45g cendawan hitam Cina kering
  • 100g empulur buluh kering
  • 10g fat choy
  • 35g (5 keping) skalop kering
  • 75g (5 keping) tiram kering dicucuk lidi
  • 400g (1 tin) abalon dalam sos
  • 425g (1 tin) asparagus laut
  • 750g (6 ketul) paha ayam
  • 130g lobak merah
  • 450g (1 biji) lobak putih
  • 90g bawang merah
  • 60g ulas bawang putih salai
  • 10g halia
  • 5kg (2 biji) kobis Cina
  • 300g brokoli

Bahan Perapan

  • 28g (2 sudu besar) kicap pekat
  • 28g (2 sudu besar ) kicap cair
  • 6g (¼ sudu kecil) lada sulah
  • 4g (1 sudu kecil) kanji jagung

Bahan Lain

  • 14g (1 sudu besar) minyak bijan
  • 100ml minyak masak
  • 37g (3 sudu besar) kanji jagung
  • 5g (1 sudu kecil) kicap pekat
  • 14g (1 sudu besar) wain (memasak) Shao Xing

Bahan Udang Goreng 

  • 140g (5 ekor) udang
  • 100ml minyak masak
  • 6g (¼ sudu kecil) garam
  • 6g (¼ sudu kecil) lada hitam

Sumber: butterkicap

Cara Penyediaan

  1. Gabung semua bahan perapan dalam mangkuk sederhana besar dan gaul rata. Ratakan perapan pada paha ayam sepenuhnya dan tutup mangkuk tersebut dengan plastik kedap. Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam. Anda juga boleh simpan ayam dan kuah perapan di dalam beg kedap udara untuk disimpan dalam peti sejuk.
  2. Rendam pundi angin ikan di dalam air panas untuk keluarkan minyak lebihan. Keringkan dan bilas apabila sudah lembut. Kemudian, letakkan pundi angin tersebut di dalam penapis di atas mangkuk untuk tapis cecair lebihan.
  3. Rendam cendawan hitam Cina, empulur buluh, fat choy dan skalop di dalam mangkuk berindividu berisi air paip sehingga lembut. Untuk cendawan, skalop dan fat choy,cletakkan air yang mencukupi untuk merendam setiap bahan sepenuhnya. Apabila sudah lembut, anda boleh tapis air empulur buluh dan fat choy tetapi simpan air rendaman skalop dan cendawan.
  4. Ketuk bawang merah dan bawang putih perlahan-lahan tanpa tanggalkan kulit terlebih dahulu. Anda boleh menggunakan pemukul atau bahagian rata pisau.
  5. Hiris halia nipis-nipis tanpa mengupas kulit.
  6. Bilas dan kemudian kupas kulit lobak putih. Potong bahagian atas dan hujung lobak putih. Hiris lobak putih menjadi hirisan bulat-bulat berukuran 1cm lebar.
  7. Potong bahagian akar kobis. Pisahkan setiap daun dan bilas. Keringkan daun kobis dalam bakul atau penapis.
  8. Potong bunga brokoli. Anda juga boleh menanggalkan kulit pada batang bunga brokoli.
  9. Masukkan 1 sudu kecil kicap pekat di dalam campuran tersebut. Langkah ini akan memekatkan lagi sos tersebut. Langkah ini adalah opsyenal jika anda mahu sos yang lebih cair. Rasa pen cai anda tidak akan dikompromi.
  10. Masukkan campuran tersebut ke dalam sos di dalam kuali. Kacau hingga sebati.
  11. Masukkan wain Shao Xing dan biarkan sos mendidih. Sos ini mempunyai rasa manis yang umami daripada perisa bahan kering yang digabungkan sementara wain masakan menambahkan lagi rasa sos tersebut. Tanpa wain, sos ini masih sedap. Anda boleh tidak masukkan wain ini jika anda mahu.
  12. Dengan penuh hati-hati, masukkan kuah ke dalam mangkuk hidangan. Lebih baik anda tuang kuah dari tepi mangkuk agar tidak merosakkan susunan bahan anda!
  13. Hidang sementara masih panas.

Hirup sup panas-panas ni memang sedap dan berselera tambah lagi jika ia dapat dinikmati bersama keluarga.

 

 

Untuk resepi yang lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Pekat Dan Berempah! Resepi Sup Tulang Ala Chef Wan

 

 

 

 

 

 

Sumber: butterkicap 

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna