Sukar Hindari Jet Lag? Kini Tidak Lagi

Rehatkan badan anda dengan segera sebelum memulakan aktiviti selepas itu. Setelah menempuh perjalanan yang panjang, mandi air panas membantu menyegarkan kembali otot-otot yang lemah. Malah selepas mandi anda akan berasa mengantuk dan cari masa untuk rehat terlebih dahulu sebelum keluar bersiar-siar.”

Apabila menyertai penerbangan yang lama, ‘Jet lag’ seringkali terjadi kerana para penumpang. Kelesuan ini terjadi biasanya apabila penumpang kapal terbang melintas lebih daripada 5 zon waktu. Kalau mengikut turutan zon tersebut, mereka yang menyertai penerbangan ke arah Timur lebih cenderung untuk merasai kesannya, berbanding mereka yang dalam penerbangan ke sebelah Barat. Maka bermulalah simptom seperti keletihan melampau, insomnia, disorientasi, kehilangan selera makan, gangguan mood dan rasa mabuk. Jika pernah mengalami jet lag, anda pasti tahu bagaimana sukarnya mengembalikan kesegaran badan. Perubahan jam tubuh sememangnya membuatkan badan keliru sekali gus menyebabkan banyak perancangan terpaksa diubah. Untuk mengelak Jet lag terjadi, anda boleh cuba tip ini ya!

  • SESUAIKAN AKTIVITI DENGAN WAKTU DI NEGARA BAKAL DIKUNJUNGI

via GIPHY

Jika boleh menukar waktu aktiviti, mulai menjalani rutin harian yang sesuai dengan waktu di negara yang akan dikunjungi. Jika penerbangan anda dijadualkan lebih awal, anda disarankan untuk mengubah waktu tidur satu jam lebih awal setiap malam. Malah lalukan juga perubahan dari segi jadual waktu makan mengikut negara yang akan anda kunjungi nanti.

  • BEREHAT SECUKUPNYA SEBELUM PENERBANGAN

Sumber Foto: 123rf.com

Jangan memaksa diri untuk tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam. Cara itu sama sekali tidak membantu, sebaliknya anda dinasihatkan perbanyakkan masa rehat dan tenangkan fikiran dari segala masalah.

  • TERBANG LEBIH AWAL

via GIPHY

Sekiranya anda risau tidak dapat menyesuaikan diri dengan masalah jet lag, lebih baik anda memanjangkan tempoh percutian supaya 2 hari yang pertama anda boleh berehat di bilik. Apabila sudah boleh menyesuaikan diri, barulah anda keluar bersiar-siar dan menikmati percutian yang menyeronokkan!

  • JANGAN DUDUK DIAM

via GIPHY

Ringankan badan berjalan-jalan secara berkala dan meregangkan otot di dalam kapal terbang namun janganlah sehingga mengganggu penumpang lain.

  • HINDARI TEMPAT DUDUK YANG TERKENA MATAHARI

Sumber Foto: 123rf.com

Ketika menempah penerbangan, pilih tempat duduk dalam pesawat yang tidak terkena sinar matahari sehingga anda tidak boleh tidur dengan mudah. Namun, jika tidak dapat tempat duduk diingini, gunakanlah penutup mata yang disediakan di dalam pesawat atau membawanya sendiri atau kaca mata hitam yang selesa dipakai.

  • ELAKKAN KAFEIN & ALKOHOL SEKETIKA

Alkohol dan kafein juga perlu dielakkan kerana ia akan mengganggu tidur serta menyebabkan dehidrasi. Anda pasti akan mendapat kesannya ketika mendarat nanti. Sebaiknya, hindari seketika kafein. Biasakan diri minum air kosong 8 gelas sehari supaya anda tidak mengalami dehidrasi.

  • KEKAL HIDRAT

via GIPHY

Minum banyak air semasa penerbangan dan cuba berjalan sedikit jika anda melalui jam penerbangan yang agak panjang. Minum banyak air akan memberikan alasan buat diri anda untuk berjalan ke tandas. Lakukan sedikit regangan juga jika anda mempunyai ruang yang lebih.

  • JAGA PEMAKANAN

via GIPHY

Selain waktu tidur, penjagaan makanan juga amat penting! Anda dinasihatkan menghindari makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi atau makanan berlemak sebelum tidur.

  • ELAK GANGGUAN

via GIPHY

Sebaik saja tiba di destinasi, anda disarankan mandi, memakai masker mata, penyumbat telinga dan tutup jendela sehingga tiada suara atau cahaya yang menembusi pendengaran anda. Rehatkan badan anda dengan segera sebelum memulakan aktiviti selepas itu. Setelah menempuh perjalanan yang panjang, mandi air panas membantu menyegarkan kembali otot-otot yang lemah. Malah selepas mandi anda akan berasa mengantuk dan cari masa untuk rehat terlebih dahulu sebelum keluar bersiar-siar.

  • UBAH WAKTU DI JAM

via GIPHY

Atur waktu di jam tangan atau telefon bimbit kita sesuai dengan destinasi yang akan dikunjungi. Dengan mengubah waktu, anda pasti akan terbiasa dengannya dan apabila tiba di destinasi nanti, perubahan waktu itu sudah kurang dirasai lagi.

  • BERSENAM

via GIPHY

Apabila anda mempunyai kehidupan fizikal yang aktif, anda tidak akan merasai jet lag dengan ketara kerana tubuh badan anda mengeluarkan endorfin daripada aktiviti fizikal anda seperti bersenam. Dengan pengeluaran endorfin, tubuh badan anda tidak akan berasa letih dan tubuh anda kekal fit dan aktif. Jika anda termasuk dalam golongan yang tidak suka berolahraga, cubalah untuk tidak tidur, pergi keluar bersiar-siar dan mengambil udara segar dengan berjalan. Dengan ini sedikit sebanyak dapat mengilangkan jet lag anda.

  • DAPATKAN UDARA SEGAR

Sumber Foto: Google Image

Jangan sesekali cuba untuk mencipta siang dan malam sendiri di destinasi baru anda kunjungi. Jangan membuat siang menjadi malam dan juga sebaliknya. Anda perlu keluar dan mengambil udara segar. Dengan ini tubuh anda dapat menyesuaikan diri dengan segera.

Sumber: cari.my

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna