Buat Kali Pertama Ke Umrah Ini ‘Checklist’ Yang Perlu Disediakan Bagi Jemaah Wanita

Pejam celik sekejap je dah nak masuk tahun baru, anak-anak pun dah mula cuti sekolah. Haa masa ni lah ramai ibu bapa yang mengambil peluang untuk menunaikan ibadah umrah bagi umat Islam. Besar hikmahnya tau bila dapat menjadi tetamu Allah ni. Bagi pertama kali untuk jejak ke sana mungkin perasaan takut dan tidak sabar membuak-buak dalam hati. Adakah anda sudah lakukan persiapan mental dan fizikal yang secukupnya?

Image result for wanita di mekah

Sumber: cuti umrah

Barang Persiapan Wanita, Patut Beli Atau Bawa?

Bagi wanita mungkin anda akan berada dalam dilema sama ada setiap barang perlu dibawa atau beli sahaja barang di sana. Sebab itu kali ini Donna kongsikan sedikit tip dan ‘checklist’ mudah bagi anda yang baru pertama kali untuk menunaikan umrah bagi jemaah wanita. Untuk pengetahuan anda harga sesetengah barang di sana agak mahal jadi perancangan rapi perlu dilakukan untuk mengelak daripada sebarangan masalah.

Jika anda mempunyai bajet lebih dan tidak mahu untuk bawa beg berat dari Malaysia, boleh membeli barang keperluan di sana, semuanya terpulang. Di bawah, ‘checklist’ penting bagi jemaah wanita yang bakal menunaikan umrah, semoga ia dapat membantu memudahkan perjalanan anda di sana.

Telekung 

Disarakan untuk membawa dua helai telekung dan mempunyai label Malaysia dan pastikan ia ringan dan tidak jarang untuk memberi keselesaan semasa melakukan ibadah. Elakkan untuk memilih telekung yang bercorak seperti manik atau sulaman untuk tidak berlebihan dan menjadi perhatian dan mengganggu khusyuk jemaah lain.

Jubah & Tudung Hitam/ Putih

Kalau bab baju ni, kalau boleh rasa macam nak bawa satu almari! Jemaah wanita disarankan untuk membawa dua helai jubah berwarna hitam atau putih. Dikatakan harga jubah yang ditawarkan di sana murah-murah juga, jadi terpulang pada anda dan ikut kesesuaian. Untuk tudung, lebih mudah jika anda bawa yang boleh menutup dagu agar anda boleh terus bersedia untuk solat.

Image result for wanita di mekah

Sumber: mstar

Stoking

Bawa 4 pasang stoking, dua bagi yang mesra wuduk dan dua pasang lagi yang biasa. Dinasihatkan anda berhati-hati semasa melakukan tawaf kerana kain mudah terangkat dan menampakkan kaki, jadi dengan menggunakan stoking ia dapat menjaga aurat anda dengan rapi.

Kasut Tawaf/ Saie 

Kalau nak bawa, cukup hanya sepasang dan jangan lupa membawa plastik atau beg yang mudah dikenalpasti untuk kasut anda ketika di masjid nanti.

Sarung Lengan

Ini penting, jangan terlupa pula! Walaupun anda memakai telekung atau jubah dikhuatiri lengan baju terselak semasa melakukan tawaf. Aurat perlu dijaga.

Alat penyembur wuduk (wuduk spray)

Jarang yang terfikir soal ni kan? Yang sebenarnya alat penyembur wuduk ni adalah lebih praktikal untuk anda mengambil wuduk jika berada di kapal terbang dan masjid. Tidak perlu bersusah-payah untuk mencari tandas.

Terutama untuk mereka yang mempunyai masalah keluar angin selalu, iaitu kentut, terutama bagi warga emas, disarankan agar masukkan wuduk spray dalam checklist umrah.

Jangan lupa pula bawa sapu tangan kecil sekali sebanyak 2 helai. Ia boleh dijadikan alas tempat untuk mengambil wuduk.

 

Donna doakan agar perjalanan anda ke sana diberkati Allah dan mendapat umrah yang mabrur. Sebelum ke sana biasakan dengan rutin untuk menunaikan solat taubat dan menzalimi kehidupan anda dengan zikir supaya hati benar-benar tenang untuk ke sana.

Untuk artikel lebih menarik anda boleh klik link di sini :

Parents Take Note! Doktor Kongsi Tip Sembuhkan Sakit Sunat Untuk Kanak-Kanak

 

 

 

Sumber: therohani 

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna