Buat Cik Abang Makin Sayang, Ini Cara Betul Penjagaan Faraj Selepas Bersalin

Buat para suami yang baru sahaja bergelar bapa, pasti anda akan dapat lihat isteri berjalan secara perlahan kerana harus teliti untuk menjaga luka dan faraj selepas bersalin. Haa nampak tak pengorbanan mereka, proses penjagaan sebelum dan selepas mengandung amat penting untuk mengelakkan sebarang penyakit atau infeksi berlaku pada wanita. Setiap pasangan perlu tahu bahawa wanita akan mengalami perubahan fizikal selepas bersalin, termasuklah sakit otot dan pendarahan.

Perubahan fizikal yang sering berlaku pada wanita adalah kontraksi selepas bersalin yang dikenali sebagai afterpain. Kebiasaanya anda akan mengalami rasa sakit di bawah perut atau pangkal rahim kerana proses pengecutan sedang berlaku. Bukan itu sahaja, para isteri juga akan mengalami di bahagian faraj tidak selesa dan rasa kebas.

Image result for miss v

Sumber: theasianparent

Penting! Cara Jaga Faraj Selepas Bersalin

Jangan masukkan benda asing ke dalam faraj 

Walaupun darah nifas masih belum berhenti, elakkan untuk memakai tampon dan anda digalakkan untuk memakai pad. Berhenti melakukan hubungan intim bersama pasangan antara 4 hingga 6 minggu selepas bersalin. Untuk lebih selamat tanya kepada doktor atau pakar waktu yang sesuai untuk kembali berhubungan dengan pasangan.

Kurangkan kesakitan pada faraj 

Anda boleh hilangkan rasa ‘afterpain’ atau ‘cramp’ dengan mengambil ubat ibuprofen atau ubat yang disarankan oleh doktor. Bagi faraj yang terbuka atau luka, anda boleh mengurangan rasa sakit dengan meletakkan pek ais. Tuamkan sekitar 15 minit pada bahagian faraj dan penting untuk anda memastikan kain digunakan pada pek ais adalah bersih.

Image result for miss v

Sumber: asmaraku

Jangan gunakan tisu 

Keadaan sakit membuatkan anda kerap ingin pergi ke tandas, tetapi elakkan menggunakan tisu untuk mengelap Miss V, dan elakkan juga untuk menyembur air paip pada bahagian faraj. Gunakan pengering rambut untuk mengeringkan bahagian luka. Penting untuk anda pastikan luka berada dalam keadaan kering sentiasa.

Gunakan sitzh bath yang diberi hospital 

Daripada University of Pittsburgh Medical Center jika anda masih mempunyai kesan jahitan, adalah disarankan menggunakan sitz bath iaitu bekas mandian untuk air suam yang boleh mencuci dan memberi keselesaan pada luka anda.

Ingat beri peluang pada badan dan faraj anda untuk pulih semula selepas bersalin dan dalam masa yang sama jangan lupa tentang penjagaan yang anda harus amalkan ini. Donna doakan agar proses pemulihan selepas bersalin anda berjalan dengan selamat.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Jom Periksa Buah Apa Yang Boleh Dimakan Dan Tidak Semasa Berpantang

 

 

 

 

 

Sumber: theasianparent

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna