“Buat Apa Nak Malu?” Lelaki Mr Papa Kongsi Pengalaman Jaga Anak, Masak di Rumah

“Suami kau dah tak kerja ke? Ada je dekat rumah tu aku tengok hari-hari,”

Zaman dah berubah sekarang ini. Nak bekerja tak semestinya kena datang pejabat. Banyak sahaja kerja yang boleh dilakukan daripada rumah. Tapi tak semua orang akan faham. Nak lagi kalau geng mak cik bawang yang main tabur sahaja fitnah padahal tak tahu pun hujung pangkal cerita.

Kali ini istimewa sempena Hari Bapa, Donna sempat berbual dengan Encik Ashroff Norshaid yang sudah setahun setengah menjadi Mr Papa yang bekerja dari rumah sambil menjaga anak-anak serta menguruskan rumah. Lain betul topik kali ini. Yelah, biasanya itu semua kerja orang perempuan. Lain pula bagi pasangan ini.

BACA: Rumahku Neraka! Ini Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Menurut Ashroff keputusan itu diambil semasa syarikatnya sudah mula memperlihatkan kedudukan ekonomi yang tak stabil. Setelah mendapat pampasan dan berhenti kerja daripada syarikat tersebut, dia menggunakan kepakaran yang ada untuk bekerja sambilan.

Setelah berbincang dengan isteri, mereka akhirnya membuat keputusan untuk memberikan tugas-tugas menjaga anak kepada suami. Manakala si isteri yang akan pergi kerja sebagai seorang jururawat.

“Setelah buat kira-kira, gaji isteri lebih banyak berbanding saya. Tak berbaloi kalau isteri nak berhenti kerja. Dia pula tak boleh buat kerja freelance. Akhirnya, saya korbankan kerjaya saya untuk jaga anak sendiri dan jimatkan kos penghantaran anak ke taska,” terangnya

Cabaran bekerja dari rumah

Mengakui agak kekok untuk menjaga anak.  Ashroff pernah juga hilang sabar sekejap. Yelah, nak kemas rumah lagi, nak masak, nak bekerja sambilan lagi. Memang menguji kesabaran betul!

“Dari segi masa, saya memang bangun awal pagi. Nak basuh baju dan memasak memang tak ada masalah. Cuma  kalau anak sakit akan akan jadi lebih susah sebab perlu fokus untuk mengajaganya.

BACA; Parents Take Note! Doktor Kongsi Tip Sembuhkan Sakit Sunat Untuk Kanak-Kanak

“Saya juga akan susun jadual bersama-sama isteri. Tapi kebanyakkannya saya akan bekerja sambilan pada tengah malam. Saya juga jarang menerima kerja yang memerlukan saya keluar memandangkan saya ada anak yang perlu di jaga  di rumah.”

Mr Papa memalukan?

 Memang wujud stigma lelaki yang duduk rumah ini adalah low -class. Tapi menurut  Ashroff, jika kita yakin dan percaya kenapa kita ambil keputusan ini iaitu untuk menjaga anak-anak, maka suami tak perlulah rasa malu.

“Saya tahu lelaki ada ego. Benda macam ini dirasakan macam melanggar kejantanan kita. Tapi zaman dah berubah, kita juga boleh melakukan kerja ruma dan bukan hanya tugas kaum wnaita semata-mata.  

“Cuma anda kena ingat,  jangan ambil kesempatan atas kebaikan isteri. Walaupun duduk rumah, kita masih ada kerja dan tanggungjawab. Buatlah pekerjaan seperti berniaga atas talian untuk menambah pendapatan,” katanya.

Jadi, janganlah pandang serong dekat Mr Papa ni. Ada pengorbanan besar kenapa memilih jalan itu. Kalau jaga anak di rumah boleh kurangkan kos perbelanjaan harian, why not kan?

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna