Buat Amal Kebajikan, Peminat Doa Neelofa Cepat Bertemu Jodoh

Siapa tidak mengenali pengacara anggun dan jelita, Noor Neelofa yang kini namanya semakin dikenali. Jika baru-baru ini tular kerana posting daripada penyanyi Heliza Helmi bahawa dirinya ingin menghulurkan bantuan untuk misi #RescueSyria.

Kini, lagi sekali dirinya tular dengan aktiviti kemasyarakatan yang turut mendapat kerjasama dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga sebuah syarikat minuman. Aktiviti ini melibatkan hampir 70 orang dan sebanyak 10 buah rumah telah dikenalpasti dengan bantuan JKM untuk menerima bantuan dan sumbangan.

Walau bagaimanapun, bukan itu yang menjadi tujuan utama Donna bersembang tentang dirinya tetapi, tanggapan peminatnya kepada Neelofa selepas melihat aktiviti amal yang dilakukan.

Salah satu posting dari akaun Instagram peminatnya iaitu Calssyrina telah memuat naik sebuah video yang menunjukkan adegan Neelofa dan seorang makcik sedang berpelukan ketika menghulurkan bantuan dengan kapsyen berbunyi,

Jodoh seseorang itu adalah cerminan dirinya juga. InshaaAllah jodoh yang baik juga untuk our Neelofa

Ruangan komen pada posting tersebut telah dipenuhi dengan kata-kata dari peminatnya yang positif dan turut mendoakan perkara yang sama seperti kapsyen.

InsyaAllah kalau niat tu betul, Allah akan mudahkan segala urusan Neelofa dan luaskan rezekinya. Semoga kerja-kerja amal sebegini diteruskan dan lebih ramai lagi artis lain turun padang untuk membantu mereka yang memerlukan.

 

 

 

 

Sumber: classyrina

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna