Buang Bulu Guna Lilin Lagi Best?

Sejurus sahaja bahan ‘waxing’ tersebut mengering, ia akan disentap sekali gus menarik bulu keluar dari liang roma.”

Wanita kebiasaannya akan berdepan masalah bulu-buluan apabila ia tumbuh di bahagian kening, bibir, ketiak, kaki dan garisan bikini. Selain mencukur, mencabut dan menggunakan krim, penggunaan cecair lilin atau waxing adalah antara yang paling popular masa kini.  Bagi sesetengah wanita, bulu roma yang panjang menimbulkan rasa malu dan tidak selesa, lebih-lebih lagi pada bahagian yang nampak nyata. Malah adakalanya mereka menjadi bahan gurauan atau ejekan teman-teman.

Sumber Foto: 123rf

Ada yang mengambil jalan mudah dengan mencukur sendiri. Namun mencukur sendiri belum dapat membuang keseluruhan bulu roma tersebut kerana terdapat banyak masalah yang mungkin timbul. Antaranya ialah bulu roma akan tumbuh semula dalam masa singkat, kulit terasa gatal, kulit kemungkinan terluka, bulu roma yang tumbuh selepas itu mungkin akan bertambah tebal atau kasar dan sebagainya.

Sumber Foto: google image

Salah satu kaedah membuang bulu roma paling digemari ramai wanita hari ini ialah dengan cara waxing atau menanggalkan bulu roma menggunakan lilin. Secara umumnya, teknik ini memerlukan cecair lilin disapu pada bahagian kulit yang berbulu. Sejurus sahaja bahan tersebut mengering, ia akan disentap sekali gus menarik bulu keluar dari liang roma. Ia sedikit sakit kerana bulu dicabut daripada anggota badan tetapi ia tidaklah keterlaluan.

Lagipun, ia dilakukan dengan cepat dan anda dapat melihat hasilnya yang begitu jelas. Antaranya, warna kulit kelihatan sedikit cerah dan mulus kulit tanpa bulu roma. Ia berupaya menanggalkan bulu ke akar umbi sekali gus menjadikan kulit bebas rambut untuk jangka masa panjang. Hanya dengan sekali rawatan, kulit licin tanpa bulu dalam masa sekitar sebulan dan mungkin juga lebih. Jika kaedah rawatan ini dilakukan secara konsisten, kadar pertumbuhan bulu roma juga menjadi lebih rendah.

KENAPA WAXING BEST?

Sumber Foto: thespadownstairs.com

  • Setelah melakukan waxing, biasanya rerambut halus ini akan kembali tumbuh selepas seminggu hingga sebulan bergantung kepada hormon masing-masing.
  • Kaedah waxing tidak akan menyebabkan bawah lengan anda atau ketiak menjadi kehitaman seperti penggunaan pencukur.
  • Teknik ini tidak hanya dilakukan pada bahagian ketiak sahaja, tetapi di tangan, kaki, dada, dan kemaluan.
  • Rawatan ini juga berkesan membuang kulit mati yang menumpang lalu menjadikan tekstur kulit lebih licin dan kelihatan sihat.
  • Paling penting, badan juga kurang berbau kerana peluh tidak terperangkap pada bulu roma yang tumbuh lebat.
  • Pengguna disarankan supaya mendapatkan rawatan membuang bulu di pusat yang bertauliah dan berdaftar.

PILIHAN JENIS WAXING

Sumber Foto: Google Image

  • Regular Bikini Wax – Waxing jenis ini disarankan untuk anda yang baru pertama kali mencubanya. Regular bikini wax ini hanya menghilangkan bulu di atas sekitar garis bikini.
  • Martini Wax –  Hampir sama dengan regular bikini wax, French Wax juga dikenal dengan nama ‘modified bikini wax’. Menghilangkan bulu pada bagian tertentu dan sesuai dilakukan oleh wanita yang suka mengenakan bikini.
  • Brazilian Wax – Dikenal dengan nama Playboy Style dan jenis waxing ini paling digemari ramai wanita kerana ia kelihatan seksi.
  • Hollywood Wax – Jenis ini juga menjadi pilihan ramai. Turut dikenali dengan nama Bare Public Style atau Sphynyx Style.
  • Postage Stamp – Meninggalkan sedikit bulu pada bahagian tengah.

 

Sumber: hellosehat.com lifestyle.okezine.com

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna