Polis tiba di lokasi itu selepas menerima aduan orang ramai dan mengarahkan penyelia berkenaan untuk menghentikan hukuman. Lelaki itu diberikan amaran keras secara lisan. Pihak berkuasa tempatan juga dilaporkan telah mengambil tindakan dengan mengarahkan syarikat itu menangguhkan operasi sementara waktu kerana sanggup menjatuhkan maruah pekerjanya dan kemungkinan akan diambil tindakan.

Ramai pengguna media sosial menyelar dan mengutuk tindakan syarikat terbabit dan ada yang berpendapat hukuman itu hanya sebagai gimik promosi untuk menaikkan jenama produk itu disebabkan ada bendera besar dibawa penyelia berkenaan. Agak-agak la juga ya kalau nak buat promosi, jangan sampai mencabul hak perkerja.