Buah Ini ‘Wajib’ Diberi Kepada Anak Setiap Hari

Tahukah anda amalan memakan sebiji epal sehari menjauhkan anda daripada doktor?”

Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, wujud dalam warna hijau dan merah merupakan antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh. Pigmen merah yang terdapat pada kulit buah epal bewarna merah mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena. Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung. Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat). Epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.

Sumber Foto: 123rf

Sebiji epal mempunyai banyak khasiat lain seperti:

  • Kandungan epal kaya dengan sumber antioksida serta vitamin C.
  • Kandungan antioksida dalam sebiji seperti flavonoid mampu menghindari penyakit kanser.
  • Kandungan quercitin dalam buah epal mampu mengelakkan anda daripada mendapat penyakit alzheimer.

Makan Sebiji Epal Setiap Hari

Sumber Foto: pexels.com

Banyak kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk kesihatan diri. Satu kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal. Sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam. Dengan cara itu, anda dapat mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.

via GIPHY

Bermula hari ini, apa kata anda amalkan memakan sebiji epal untuk setiap hari bagi mengurangkan risiko sakit jantung, kanser, dan kolesterol. Lihat sahaja di negara maju, kebanyakkan ibu bapa akan membekalkan sebiji epal setiap hari kepada anak-anak mereka kerana mengetahui khasiat yang luar biasa terdapat pada epal.

via GIPHY

Tidak salah jika anda bekalkan atau membawa bekalan seperti  nasi lemak atau makanan kegemaran ke tempat kerja atau diberikan kepada anak-anak, tetapi selitkan sekali buah ini sebagai menu wajib makan.

via GIPHY

 

 

 

Sumber: hmetro

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna