‘Breakfast’ Dengan Apam Bakar Kelantan

Kelantan dikenali dengan sebuah negeri yang kaya dengan budaya dan tradisi. Tidak kurang juga dengan gadis-gadis comel serta wanitanya yang rajin bekerja dengan berniaga.

Selain daripada terkenal dengan pasukan Red Warriornya, negeri Pantai Timur juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang unik dan kini telah popular di seluruh Malaysia.

Antara makanan yang menjadi simbolik pada negeri Kelantan ini adalah kuih akok, tahi itik, cek mek molek, nasi kerabu dan sebagainya. Pernah dengar tak, kuih apam bakar? Donna nak kongsi cara membuat kuih apam bakar versi Kelantan.

Sumber: pinterest

Bahan-bahan

Bahan A

  1. 300 gm tepung beras
  2. 130 gm gula pasir
  3. 1 sudu kecil garam
  4. 1 kotak kecil santan(200 ml)
  5. 2 sudu kecil yis
  6. 4 atau 5 biji pisang mas atau berangan
  7. 4 ketul tapai ubi

Bahan B

  1. 1 sudu kecil lada hitam
  2. 1 inci lengkuas
  3. 1 inci halia
  4. 2 biji bwg merah kecik
  5. 200 ml air

Cara membuat

  1. Kisar bahan-bahan B dan tapis untukdapatkan airnya sahaja (sukat dapat kan semula dalam anggaran 200ml)
  2. Lenyek pisang, tapai ubi dengan garam dan gula sampai hancur dan sebati
  3. Masukkan tepung beras dan santan
  4. Yis dibancuh dengan air yang ditapis tadi
  5. Masukkan ke dalam adunan dan kacau sehingga semuanya sebati
  6. Perapkan selama 2 jam supaya tepung gebu
  7. Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak
  8. Tuang 2 senduk adunan ke dalam kuali
  9. Apabila bahagian bawah sudah masak, terbalikkan sebelah atas pula.
  10. Sedia dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan secubit garam garam

Selamat mencuba!

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna