Boy Iman Buat Hal Lagi?

Selepas terpalit isu penipuan rumah mampu milik, pelakon dan penerbit Datuk Norul Iman A. Rahman atau lebih dikenali Datuk Boy Iman sekali lagi menjadi bualan orang ramai apabila tidak serik menipu pengikutnya di laman Instagram.

Pada awalnya, pengarah urusan DBI Properties ini memuat naik gambar swafoto di salah sebuah kedai dobi layan diri dengan mengakui perniagaannya semakin berkembang kerana hasil titik peluh dia dan pekerjanya yang lain dan bersyukur rezeki yang diperolehinya.

Sumber: facebook rusli abd samad

Namun, dengan kuasa media, gambar tersebut telah tular sehingga ke pengetahuan empunya kedai dobi layan diri tersebut. Akibat berang dengan kenyataan Boy Iman, empunya kedai dobi layan diri itu mendedahkan perkara yang sebenar.

Sumber: facebook rusli abd samad

Berikutan itu, ramai yang terkejut dengan kenyataan bekas pelakon Blok 404 itu dan netizen terus membanjiri ruangan komen pada posting tersebut dengan mengatakan boy iman orang yang menipu.

Malah, ada yang lebih teruk, ada yang melemparkan kata-kata kesat serta memberitahu perkara sebenar bahawa dobi tersebut bukanlah miliknya tetapi orang lain.

Dasyat sungguh netizen megecam Boy Iman ye. Apa pun, Donna harap perkara ini hanyalah salah faham saja.

 

 

 

 

Sumber: instagram dato boy iman

Tags: , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna