Bosan? Ini Top 5 Kisah Benar Dari ‘Bilik Angker’ Yang Menyeramkan!

Hampir semua antara kita pernah mengalami pengalaman yang menyeramkan dalam kehidupan. Tanpa mengira jantina, pasti semua terasa seramnya apabila menghadapi situasi yang menakutkan!

Beberapa kisah yang kita dengar itu boleh membuatkan bulu roma kita tegak berdiri. Contohnya kisah seram yang melibatkan makhluk halus, lembaga-lembaga menyeramkan dan kisah-kisah Cik Ponti. Alahai sebut sahaja pun sudah terasa seramnya!

Hari ini, Donna mahu berseram-seram dengan anda semua dengan berkongsikan antara lima kisah benar yang berlaku di Malaysia. Kita bermula dengan kisah adik Acap yang hilang tanpa jejak sehingga kini.

“Acap Hidup Di Dunia Bunian”

Kisah adik yang hilang tanpa jejak ini diceritakan oleh Encik Zafran Aziz yang merupakan seorang penerbit sebuah program televisyen yang digelar Seekers! Hah tak nak seram lagi? Siapa je yang tak pernah tengok Seekers kan?  Apa kaitannya penerbit ini dengan budak yang hilang itu? Mari dengar pengalaman abang Zafran ini dalam kes Acap hilang.

“Dia Ikut Balik”

Amboi tengok tajuk atas tu. Mengusik betul. Kisah ikut mengikut pulang ni lain macam tau seramnya. Ditambah pula dengan kisah seorang gadis yang dirasuk itu. Jika anda layan video ini, pada minit pertengahan berlaku sesuatu yang tidak dirancang……

 “Misteri Penunggu DBP”

Yang ini pula mengisahkan gangguan yang dialami oleh sekumpulan krew penggambaran di Dewan Bahasa & Pustaka. Diceritakan oleh salah seorang daripada mereka yang berada disitu sendiri. Bermula dengan dirinya ditenung tajam oleh seorang perempuan….

 Penghuni Rumah Atas Bukit

Yang ini pula diceritakan oleh penulis sendiri. Pengalaman ini memang penulis tidak mampu melupakannya. Habis semua penghuni rumah sewa diganggu malam itu. Mungkin marah dek kerana penulis membacakan Surah Al-Baqarah selepas selesai menunaikan solat maghrib!

“Misteri Penunggu LPT”

Ketika dalam perjalanannya menuju ke arah Timur, seorang ustaz mengalami pengalaman seram apabila dirinya mendakwa diikut oleh langsuir. Alahai… sampaikah ustaz ke destinasinya? Mari Donna temankan anda dapatkan jawapanya….

Semoga anda terhibur melayan kisah-kisah seram yang dialami sendiri oleh mereka ini. Seram, sedih, marah dan keliru bercampur habis setelah mendengar pengalaman masing-masing. Moga diri anda dilindungi sentiasa ya dan apa kisah seram anda pula? Kongsi dengan Donna!

 

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna