Bosan? Ini 5 Cadangan Filem Wajib Layan Di Netflix Sepanjang PKP

Bila dah masuk tiga minggu kita semua menjalani Perintah Kawalan Pergerakan. Macam-macam benda kita tengok rakyat Malaysia buat. Dari resepi Dalgona coffee, kek batik indulgence sampailah tabiat pelik macam suami pakai baju kelawar isteri. Semuanya dah ada di laman Twitter. Tinggal scroll sahaja.

Kalau anda ada Netflix, bolehlah anda layan cerita-cerita yang tak kurang seronoknya dekat sana. Bolehlah tengok sambil makan ‘welcome-welcome’ bak kata Jep Sepahtu.

Jadi, dalam artikel ini, kami nak cadangkan beberapa filem yang wajib tonton dekat Netflix.

Ugly Delicious

Dah alang-alang banyak makan musim PKP ini, bolehlah anda layan dokumentari makanan ini. Tapi, ini bukan dokumentari biasa-biasa tau. Anda memang boleh nangis bila mereka bercerita tentang makanan di seluruh dunia. Anda akan terkejut macam mana makanan boleh sangat terperinci menceritakan budaya dan latar belakang sesuatu masyarakat.

Rise of Empires: Ottoman

Alrite! Jom belajar sejarah kejatuhan kerajaan Kostantinopel  melalui filem ini. Okay, yang uniknya tentang siri ini ialah apabila dia menggabungkan teknik dokumentari dan drama ala-ala filem. Siapa yang suka sejarah, filem ini boleh dikatakan must to watch!

Money Heist

Kembali dengan musim baru, siri ini memang menjadi kegilaan ramai. Mana taknya, mereka beramai-ramai melakukan jenayah rompakan terbesar dalam sejarah. Anda pasti tercengang tengok macam mana profesor ini rancang strategi sampai jadi. Memang kena tengok!

Kingdom

Siri drama Korea yang Donna wajibkan anda tengok sepanjang PKP ini. Filem ini berlatarkan zaman Joseon dulu di mana kerajaan porak-peranda apabila negara diserang satu virus yang menukar orang jadi zombie. Jadi, pemimpin negara sangat penting untuk rancang strategi melindungi rakyat. Punyalah mendebarkan sampai anda mungkin khusyuk tengok sampai lupa masak lauk tengahari untuk suami. Alah, shuben chill okay?

Itaewon Class

Tak suka cerita gaduh-gaduh dan terlalu serius? Tak ada masalah! Itaewon Class adalah pilihan yang tepat. Sumpah anda akan terinspirasi dengan watak Park Ro Yi yang tidak mudah patah semangat menyambung cita-cita arwah ayahnya untuk membuka kedai makan nombor satu di Korea. Jalan cerita, lakonan dan lagu cerita ini semuanya sempurna!

Baiklah, itu antara cadangan yang anda boleh tengok sepanjang berada di rumah. Kalau anda cadangan lain, boleh turunkan di ruangan komen tau.

 

 

 

Baca juga:

Saya Tak Kisah Masuk Wad Pesakit COVID-19 Tanpa PPE, Mask Golongan Antivaksin Buktikan Kekebalan

Petugas Medik Gali Balik Jenazah Pesakit COVID-19 Sebab Orang Kampung Mengamuk!

 

 

 

 

 

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna