Bosan Air Masak? Jom Cuba Air Ni Kesihatan Tubuh & Kulit

Hari-hari minum air masak hm, bosan Tapi tak apa lah janji badan sihat..”

Itulah silap kebanyakan orang kita, jangan ingat air masak je dapat memberi kesihatan tubuh dan kulit. Terdapat air sihat yang lain juga serta masa yang sesuai untuk pengambilan jenis-jenis air sihat ni.

Malangnya, kita sudah diselubungi dengan fakta bahawa air masak je yang mampu memberi kesihatan badan. Tapi, kalau kita bijak mempelbagaikan menu air sihat dalam seharian kehidupan kita, ia pasti akan menjadi menu minuman yang menarik dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

via GIPHY

Mesti ramai yang nak tahu kan? Jom lihat senarai air sihat berikut.

Sepanjang hari – Air masak wajib cukupkan 8 gelas sehari seawal bangun pagi sehingga sebelum tidur.

Waktu pagi – Selepas minum air masak 1 gelas sebelum pergi kerja, apa kata minum air jus hijau semasa perjalanan ke pejabat atau tiba di pejabat.

Waktu tengah hari – Sambil menunggu nak makan tengah hari tak salah kalau hirup secangkir air teh hijau.

Waktu petang – Panas-panas kalau dapat air jus delima pun boleh legakan tekak kan?

Sebelum tidur – Minum air hirisan timun.

Mungkin ada yang merasakan air buah dan sayuran tidak sedap berbanding air teh ais cincau tarik kat tepi jalan tu lebih mengiurkan tapi ingat! Kesihatan harus diutamakan.

Kalau nak minum sekali-sekala tu boleh je la cuma jangan selalu dan cuba praktikkan menu minuman di atas dengan disertakan air masak 8 gelas sehari.

 

 

Untuk bacaan yang lebih meanrik, anda boleh klik senarai artikel berikut: Smoothies! Basahkan Tekak Dengan Gabungan 4 Jenis Buah , Hebat! Sekolah Ini Gunakan Botol Buangan Untuk Hasilkan Jalur Gemilang Gergasi

 

 

 

 

 

Sumber: plan.healthy

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna