Bolehkah Virus COVID-19 Dijangkiti Bayi Menyusu Dan Kandungan?

Haih, siapa je tak risau?

Penularan COVID-19 menimbulkan pelbagai persoalan daripada ramai pihak yang risau akan kesihatan diri terjejas. Sudah tentu, ibu mengandung merupakan antara golongan yang merisaukan akan kesihatan dirinya dan bayi dalam kandungan. Tidak lupa juga kepada ibu yang gigih menyusu bayinya yang masih lagi kecil.

Hal ini kerana, COVID-19 merupakan satu wabak yang agak sukar untuk dikesan kerana terdapat juga individu di luar sana yang disahkan positif tanpa mengalami sebarang simptom. Bukan itu sahaja, waktu inkubasi virus tersebut juga memerlukan beberapa hari bagi gejala wabak itu untuk mula muncul pada manusia.

Pesoalannya adakah bayi yang masih lagi menyusu dan juga bayi yang masih lagi berada dalam kandungan ibu berisiko untuk terjangkit akan COVID-19 ini?

via GIPHY

Persoalan itu disambut oleh Mohd Dziehan Mustapha daripada Team Medical Mythbuster Malaysia di mana beliau menyatakan buat masa kini, masih belum mempunyai jawapan sama ada ia akan membawa masalah kepada ibu kandungan atau bayi dalam kandungan. Tambahan lagi, seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan di London telah sah dijangkiti oleh COVID-19 dan pihak mereka sendiri juga tidak pasti punca jangkitan tersebut.

Sebelum ibu tersebut melahirkan anaknya, beliau telah disahkan positif COVID-19 dan doktor juga tidak dapat mengesahkan bahawa jangkitan bayi tersebut adalah dari dalam kandungan atau sebaliknya. Walau bagaimanapun, satu kajian dijalankan di China terhadap 9 wanita mengandung yang disahkan positif COVID-19 dan kesemuanya melahirkan anak melalui kaedah C-Section.

Semua sampel diambil daripada bayi dan juga air ketuban serta darah yang diambil sebaik sahaja proses kelahiran berlaku dan keputusan menyatakan tiada yang disahkan positif. Setakat ini tiada bukti yang mengesahkan jangkitan boleh berlaku dari ibu positif COVID-19 yang mengandung kepada bayi dalam kandungan.

Walau bagaimanapun, ibu mengandung adalah disarankan untuk mengikut langkah-langkah yang dimaklumkan di dalam infografik di bawah.

Foto:Harian Metro

Dalam pada masa yang sama, ibu menyusu juga tidak dilupakan oleh penulis. Pusat Laktasi Kebangsaan KKM juga telah menyatakan COVID-19 tidak menjagkiti melalui susu ibu. Jadi, adalah disarankan kepada ibu menyusu untuk terus menyusu bayi mereka dan pastikan anak itu mendapat kelebihan susu ibu ya!

Foto:Siraplimau.com

 

Donna harap kepada para ibu di luar sana  kekal tenang dan patuhi arahan KKM dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga ya.

 

Baca juga:

Susah Sangat Nak Cerai Susu Anak? Gunakan Taktik Ini

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Siraplimau.com

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna