Boleh Ke Si Ibu Ambil Ubat-Ubatan Jika Menyusukan Anak?

Semestinya menjadi kebimbangan kepada ibu kerana ubat yang diambilnya dikhuatiri membawa kesan kepada bayi melalui susu. Malah, ramai ibu dinasihati untuk berhenti menyusukan anaknya atau mengelak pengambilan ubat kerana bimbang ubat tersebut akan membawa kesan sampingan kepada bayi.

Sepertimana kita tahu, susu ibu bawa manfaat kepada anaknya kerana mengandungi nutrisi yang lengkap sekaligus dapat menjadikan antibodi semulajadi untuk bayi. Bagaimana pula kalau si ibu ambil ubat ketika mereka masih lagi dalam tempoh menyusukan si manja? Tak ada kesan buruk ke?

via GIPHY

Pastikan ubat disyorkan oleh doktor…

Sebenarnya terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menentukan sama ada penyusuan susu ibu selamat bagi bayi atau tidak. Tak semua ubat beri kesan buruk.

Paling penting, dapatkan nasihat daripada pihak doktor terlebih dahulu kerana doktor akan memberikan ubat selepas membuat penilaian ke atas pesakit. Pemilihan ubat pula bergantung kepada keperluan pesakit.

via GIPHY

Bolehkah ibu terus menyusukan susu ibu jika mengambil ubat?

Menurut ahli farmasi, Wong Yeng Pooi ia bergantung kepada jenis ubat yang diambil dan si ibu boleh terus menyusukan anak walaupun sedang mengambil ubat. Hanya ada beberapa jenis ubat sahaja yang langsung tidak boleh diambil semasa menyusukan susu ibu (kontraindikasi). Contohnya, ubat sitotoksik, ubat radioaktif, dadah rekreasi dan ubat yang menghentikan laktasi.

Akhir kata, sekiranya ibu tak sihat dan memerlukan rawatan, sebaiknya beritahu doktor bahawa ibu masih menyusukan anak supaya doktor boleh memberikan ubat yang paling sesuai.

Sekiranya ingin mendapat maklumat daripada internet, pastikan maklumat di laman sesawang adalah daripada sumber yang sah. Bukan semua maklumat yang didapati daripada internet boleh dipercayai.

Jika ragu tentang kesan ubat, boleh berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi untuk memahami dengan lebih mendalam setiap ubat yang diambil. Okay ladies?

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan Ikut Petua Merepek, Doktor Ini Ajar Cara Betul Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi

Doktor Perubatan Ini Menerangkan Perbezaan 10 Jenis Susu Termasuk Susu Sajat, Ops!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: doktorbudakgengfarmasiubat

Tags: , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna