Boleh Ke Sedekahkan Daging Korban Yang Dah Dimasak?

Hari Raya Aidiladha yang ditunggu menjelang tiba, fuh! Memang raya kali ni sedikit meriah kerana amat dinantikan bagi seluruh rakyat Malaysia yang bergama Islam. Qada’ raya la katakan!

Maklumlah, Hari Raya Aidilfitri tempoh lalu tak dapat beraya seperti tahun sebelum. Ada yang tak dapat pulang ke kampung dan lebih menyedihkan lagi ada yang terkandas di rumah sewa seorang diri, alahai!

via GIPHY

Boleh sedekah daging korban mentah je ke?

Tapi itu bukan topik utama kita kali ni. Apa yang kami ingin kupaskan adalah bolehkah kita sedekahkan daging korban yang sudah dimasak? Atau hanya dibolehkan sedekah dalam bentuk daging mentah saja?

Bukan apa, nak memudahkan orang fakir miskin, tak perlu dah mereka nak masak. Hidangkan saja! Jadi, persoalan ini dijelaskan menerusi laman rasmi portal Mufti Wilayah Persekutuan dalam edisi Haji dan Korban.

Apa yang dijelaskan adalah para ulama’ telah menetapkan bahawa daging korban wajib disedekahkan kepada golongan fakir miskin dalam keadaan mentah, dan bukannya yang telah dimasak atau dikeringkan.

Sumber: idntimes

Hujahan tambahan…

Menguatkan lagi hujah tersebut, Al-Sheikh Muhammad Ibn Ahmad al-Syathiri di dalam kitabnya Syarh al-Yaqut al-Nafis menyebutkan:

Sahnya daging korban itu adalah dengan disedekahkan dalam keadaan mentah, apa yang tidak rosak, daripada daging korban yang sunat. Tidak memadai untuk memberi sedekah daging korban tersebut dalam keadaan sudah dimasak atau sudah dikeringkan (diawet dengan garam),” – (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 828)

Begitu juga dalam Hasyiah al-Bajuri, al-Sheikh Ibrahim al-Bajuri menyebutkan bahawa:

Disyaratkan bagi daging korban tersebut untuk disedekahkan dalam keadaan mentah supaya dapat dimanfaatkan bagi sesiapa yang menerimanya mengikut apa yang dikehendaki olehnya sama ada menjualnya atau seumpamanya, sepertimana sama juga dalam bab kafarah. Justeru itu, tidak memadai memberi sedekah dengan menjadikannya sebagai makanan yang dimasak kemudian diajak golongan fakir miskin untuk memakannya. (Rujuk Hasyiah al-Bajuri, 2:567)

Sumber: cariangoogle

Akhir kata…

Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, jelaslah bahawa daging korban wajib diberikan sebahagian daripadanya sebagai sedekah dalam keadaan mentah dan bukannya dimasak mahupun dijamukan.

Bahkan wajib untuk disedekahkan sebahagian daripadanya dalam keadaan mentah kepada golongan fakir miskin. Manakala, daging korban yang berbaki daripada apa yang telah disedekahkan tersebut, bolehlah dimasak dan diadakan kenduri untuk dijamu kepada orang ramai.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Betul Ke Tak Boleh Potong Kuku Bagi Orang Yang Nak Berkorban?

Jangan Leka! Ini SOP Raya Aidiladha COVID-19

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: muftiwp

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna