Boleh Ke Janin Dalam Kandungan Dengar Suara Kita?

Mungkin ada di antara dalam kalangan ibu bapa pernah timbul persoalan ni cuma tak terluah pada sesiapa. Takut nanti digelakkan kerana tanya soalan yang dianggap tak masuk akal.

Tapi, anda pernah dengar tak pepatah melayu kata, malu bertanya sesat jalan? Ha, kalau tak tanya memang sampai bila-bila kita tak akan jumpa jawapan bagi persoalan kita.

via GIPHY

Boleh ke bayi dalam kandungan dengar suara?

Jadi, kami akan bantu anda dalam mendapatkan jawapan. Menurut seorang doktor perubatan, Dr Nimelesh Balanthiren bayi dalam kandungan boleh mendengar suara kita.

“Sejak kandungan berusia 18 minggu, mereka sudah boleh mendengar suara. Pada usia 24 minggu, mereka akan lebih sensitif terhadap suara. Manakala sejak usia kandungan 25 hingga 26 minggu pula, bayi dalam kandungan akan respon kepada bunyi dalam rahim,” jelasnya.

Perlu kerap bercakap bayi dalam kandungan…

Beliau turut menyatakan satu kajian telah membuktikan apabila bercakap-cakap dengan janin di dalam kandungan  akan membantu perkembangan otak bayi untuk kemahiran bahasa dan pendengaran.

“Bukan si ibu saja yang perlu bercakap dengan zuriat dalam kandngan tapi si ayah pun kena rajin bercakap dengan mereka sebab tindakan ini dapat mengeratkan hubungan antara janin dengan ibu bapa,” terangnya.

Kalau penat nak bercakap dengan bayi dalam kandungan, sebagai orang Islam alunkan surah Al-Quran terutama surah Maryam untuk memudahkan si ibu bersalin serta memperolehi anak yang sabar dan taat dan surah Yusof agar anak yang dilahirkan cantik rupa dan cantik akhlaknya.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Dilahirkan Tiada Dubur, Ibu Adik Aqil Tabah Selama 4 Tahun

“Kenapa Anak Saya Tak Tumbuh Gigi Lagi?” – Doktor Ini Jelaskan Segalanya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna