Boleh Ke Ibu Yang Dijangkiti COVID Susukan Bayi Mereka?

Tak ada siapa yang ingin dijangkiti COVID-19. Tidak ada seorang ibu pun yang rela dikuarantin dan dipisahkan dari anak mereka. Betapa hebatnya si ibu menahan sebak setiap kali anak mereka menjerit,

“Nak Ibu! Adik nak ibu. Mana ibu?”

Seperti yang diketahui, virus ini disebarkan melalui air liur tak kisahlah sama ada batuk atau bersin. Cecair itu kemudian masuk ke dalam rongga hidup orang lain dan menyebabkan rantaian jangkitan berterusan.

Jadi, timbul pula pertanyaan, Kalau si ibu dijangkiti COVID. Adakah potensi untuk anak mereka juga dijangkiti? Oleh sebab Covid tidak menunjukkan apa-apa simptom sehingga hari 14, apa agaknya nasib anak jika si ibu terus menyusukan anak dalam tempoh 14 hari itu?

Boleh ke berjangkit dengan susu ibu?

Sebenarnya, belum ada apa-apa bukti yang menunjukkan susu ibu boleh menyebabkan anak mereka dijangkiti Koronavirus. Namun WHO ada menyatakan jika ibu terkena jangkitan, mereka masih boleh menyusukan bayi.

Tapi, risiko untuk bayi terkena jangkitan tetap ada jika si ibu gagal menjaga kebersihan. Contohnya apabila ibu tidak mencuci tangan atau batuk kepada bayi.

Jadi, berikut adalah panduan untuk ibu menyusukan anak mereka bagi mengelakkan penularan Covid.

Pakai topeng penutup mulut dan hidung

Cuci tangan sebelum dan sesudah menyusukan bayi

Cuci tangan ketika nak perah susu

Gunakan botol susu yang bersih

Pastikan botol susu disimpan di tempat yang bersih dan tidak basi.

Ha, jadi tak ada masalah untuk seorang ibu menyusukan anak mereka walaupun mereka disahkan positif Covid. Asalkan anda masih menjaga kebersihan dan ikut saranan yang diberikan. Semoga anda cepat sembuh dan dapat bermain bersama yang tersayang tanpa ragu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Kompas

Tags: , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna