Boleh Ke Ganti Puasa Untuk Orang Sudah Meninggal Dunia? Ini Penjelasan Da’i Wan

Rasanya sudah tidak perlu terangkan lagi apa itu Ramadan, pastinya semua orang sudah mengetahui tuntutan agama yang wajib dilakukan sejak di kecil lagi. Bila gagal berpuasa pada bulan Ramadan, haruslah diganti dan anda boleh lakukannya sehari selepas Hari Raya pertama Aidilfitri.

Tapi, pernah tak anda terfikir bagaimana pula jika seseorang sudah meninggal dunia dan mempunyai baki puasa yang masih tidak diganti lagi. Adakah kita yang masih hidup, boleh bantu si arwah untuk menggantikan puasanya sepertimana upah haji dan umrah dilakukan ke atas orang yang sudah meninggal dunia?

Soalan ini dijelaskan oleh penceramah bebas, Da’i Wan. Katanya, boleh untuk seseorang yang telah meninggal dan tidak sempat menggantikan puasanya walaupun si arwah sedang dalam keadaan dia mampu lakukannya (sihat) sewaktu hidup. Oleh itu, waris atau ahli keluarga boleh niatkan untuk si arwah.

Daripada Aisyah R.anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Barangsiapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diqadakan) maka walinya berpuasa bagi pihaknya. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim,”

Cara lain juga boleh iaitu cukup dengan membayar puasa si arwah dengan mengqadha’ atau mengeluarkan fidyah secupak (675g) beras, bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.

Islam itu mudah. Kepada mereka yang ibu bapa sudah meninggal dunia dan ingin menggantikan puasa untuk mereka maka dibolehkan dengan dua cara ini. Selamat beramal!

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Comments

    • Mustafa Kamal bin Mohamad
    • 26 September 2019
    Reply

    Ibu saya meninggal dunia dalam bulan puasa , puasa yg ke 18 .dia mula sakit x dapat berpuasa pada puasa yg ke 2 . Perlu kah saya mengangtikan puasa nye sehingga ke tarikh mati tu.

      • Afiqa Sarif
      • 30 September 2019
      Reply

      Ya, perlu. Terdapat dua cara. Boleh baca artikel untuk ketahui cara ganti puasa untuk si mati 🙂

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna