Boleh Jatuh Air Mata Ketika Suntikan Epidural Sebelum Cesarean

Jika ditakdirkan seorang wanita perlu bersalin secara pembedahan (cesarean), anda diwajibkan untuk mendapatkan suntikan epidural.”

Epidural menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama. Walaupun telah dibius, anda akan dapat melihat, menyentuh dan mendengar tangisan bayi sebaik sahaja bayi yang dikandung itu dilahirkan. Anda juga dapat terus menyusukan anak sebaik sahaja dilahirkan. Ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang di antara ibu dan bayi.

Sumber: healthywa

Epidural juga sering dijadikan sebagai pilihan wanita untuk menahan kesakitan ketika bersalin. Sakit bersalin memang sukar digambarkan. Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. Jika anda wanita yang boleh bersalin secara normal, tetapi kerana takut dengan kesakitan ketika bersalin maka pakar akan mencadangkan agar anda turut mendapatkan bantuan epidural.

Sumber: Google Image

Namun begitu, rata-rata wanita yang mempunyai pengalaman mengambil suntikan epidural ini menyatakan proses ini sangat menyakitkan. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Bayangkan sakitnya dicucuk hingga terasa ke tulang belikat. Malah, ia boleh menyebabkan tekanan emosi kepada ibu-ibu sebelum melahirkan anak. Ini sangat membahayakan kesihatan dan proses kelahiran itu sendiri. Dengan menahan perut semakin membesar, anda perlu bertenang seketika sementara jarum yang berongga dicucuk antara dua ruas tulang belakang ke dalam ruang epidural dan satu tiub plastik dimasukkan melalui jarum tersebut. Ubat bius dimasukkan melalui tiub itu sepanjang masa bersalin.

Proses Epidural

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan separuh badan sama ada untuk mengurangkan kesakitan atau untuk kegunaan semasa pembedahan. Ketika proses suntikan dilakukan anda masih berada dalam keadaan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.

Sumber: Google Image

Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. Kesannya rangsangan kesakitan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan. Kawasan epidural merupakan lapisan sebelum ruang spinal. Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. Apabila ubat bius setempat dimasukkan ke kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif. Prosedur ini hanya dibenarkan dilakukan oleh pakar bius terlatih sahaja. Ini kerana beberapa komplikasi bakal dialami oleh anda jika tersalah prosuder.

Kesan Teruk Epidural

  • Mengakibatkan beberapa kesan sampingan seperti sakit kepala yang teruk untuk beberapa hari.
  • Tekanan darah tidak stabil.
  • Jangkitan kuman pada selaput saraf tunjang.
  • Kaki lumpuh sementara.

Kesan Biasa Epidural 

(Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak bahaya)

  • Terketar-ketar
  • Mengantuk
  • Sakit belakang
  • Sakit kepala
  • Loya
  • Tekanan darah menurun

Kesan selepas suntikan epidural diambil, ramai wanita yang mengatakan epidural mengakibatkan sakit pinggang atau belakang. Menurut ramai kata pakar, walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa bergantung kepada tubuh badan individu.

 

 

 

 

 

Sumber: babycenter.com.my

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna