Boleh Jadi Sarang Kuman, Doktor Ini Terang Cara Penjagaan Botol Susu Anak Sebenar

Macam mana basuh botol susu? Berapa lama guna botol susu tu? Guna berus apa ye untuk cuci botol?”

Perasan tak soalan tu sering diajukan oleh para doktor ketika merawat badan anak kita ketika mereka mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit? Ha, bila doktor tanya tu, sudah semestinya ada berkait rapat dengan kesihatan si kecil.

Mungkin ada di antara kita pandang remeh tentang penjagaan botol susu anak. Bagi mereka cukup sekadar cuci dengan air  paip, sabun dan berus sikit. Hakikatnya, botol susu yang tidak bersih boleh menjejaskan kesihatan anak kita.

13 langkah penjagaan botol susu…

Mesti tak percayakan? Jom lihat perkongsian daripada seorang Doktor Medik di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dr. Ahmad Luqman Bukhari menerangkan cara mencuci botol air susu anak dengan betul supaya elak dari menjadi sarang pembiakan kuman sekaligus punca anak terkena keracunan dan cirit birit!

  1. Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih semasa proses mencuci.
  2. Sebaik saja si kecil selesai habis menyusu, terus saja basuh. Jangan biarkan susu mengering dalam botol.
  3. Jangan biarkan sisa susu terperap lama dalam botol susu. Sebaiknya terus cuci untuk mengelakkan susu basi dan menjadi medium pembiakan kuman dan bakteria sekaligus menghasilkan bau yang kurang enak.
  4. Hati-hati ketika mencuci bahagian puting susu dan pastikan guna berus khas supaya tidak mengoyakkan getah puting.
  5. Jika puting botol susu terkoyak atau merekah, dinasihatkan buang kerana boleh jadi sarang pembiakan kuman membiak.
  6. Gunakan berus botol khas untuk botol susu supaya seluruh sudut botol tu bersih dan tak ada kotoran yang tertinggal.
  7. Gunakan cairan pembersih botol susu yang betul, untuk lebih mudah, cari liquid cleanser yang khusus untuk mencuci botol bayi. Tak kisah jenama apa pun asalkan memang dikhaskan untuk cucian botol dan selamat untuk bayi.
  8. Pastikan botol susu sentiasa dalam keadaan kering.
  9. Elakkan simpan terus botol basah dalam keadaan tertutup. Sebaiknya, keringkan botol terlebih dahulu setelah dibersihkan atau anginkan ia dengan meletakkan di rak atau tempat khas bagi mengeringkan botol dan puting.
  10. Lebih bagus jika anda dapat sediakan lebih dari 3 botol susu. Maksudnya, penggunaan botol bertukar-tukar bagi memudahkan ibu bapa memastikan keadaan setiap botol dibersihkan dengan sempurna.
  11. Paling penting, tukar botol sekurang-kurang setiap 3 bulan hingga 6 bulan sekali atau apabila keadaan botol telah berubah warna seperti berubah warna kekuningan, retak dan bercalar.
  12. Wajib sterilkan botol dan puting secara berkala.
  13. Akhir sekali, galakkan anak minum menggunakan cawan seawal yang boleh dan secara berperingkat.

Sumber: cariangoogle

Nampak mudah tapi bukan semua ibu bapa mampu lakukan tapi kena ingat, ini semua demi kesihatan anak kita. Satu-satunya harta dunia akhirat kita, jadi apa salahnya kita jaga mereka bagai menarik rambut di dalam tepung.

Semoga memberi manfaat buat anda!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cara Turunkan Suhu Badan Bila Anak Demam Panas

Apa Nak Buat Jika Anak Ternampak Anda Ketika Sedang Asyik ‘Bermesra’?

 

 

 

 

 

 

Sumber: DrAhmadLuqman

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna