Boleh Jadi Penyebab Kematian Kalau Posisi Tidur Bayi Tak Betul

Bayi yang baru lahir selalunya rutin mereka adalah tidur dan merengek bila terasa lapar susu, tidak selesa bahagian lampin, tak sihat badan, suhu sekeliling tidak selesa misalnya terlalu sejuk atau panas dan terasa tak tidur nyenyak.

Menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bayi yang baru lahir akan tidur dalam purata 16 jam sehari, 2 hingga 4 jam terus-menerus di antara waktu makan. Indahnya hidup mereka dapat tidur dalam tempoh waktu yang lama!

via GIPHY

Punca bayi tidur salah posisi

Bagaimanapun, setiap posisi tidur mereka perlu diberi perhatian. Jangan biarkan anak tidur jika dalam keadaan posisi di luar kebiasaan kerana menurut salah seorang doktor perubatan, Dr. Nimelesh, kemungkinan besar boleh menjadi punca kematian bayi secara mengejut atau dipanggil Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).

Macam mana posisi tidur bayi yang betul?

Apa yang lebih membimbangkan lagi, selalunya terjadi dalam kalangan bayi berusia setahun ke bawah. Kajian telah dijalankan di Amerika dan American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur dalam keadaan terlentang, bukan meniarap atau mengiring.

Sumber: twitter

Buktinya, kejadian SIDS telah berkurang sebanyak 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992 tetapi, posisi ini dikecualikan pada bayi yang cacat di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang dapat menyekat penafasan.

Kenapa tak boleh tidur meniarap dan mengiring?

Mungkin ada di antara kita ingin tahu mengapa bayi tak digalakkan untuk tidur dalam keadaan tertiarap atau mengiring walaupun mereka kelihatan sangat selesa.

Menurut perkongsian gambar Dr. Nimelesh, jika makanan naik ke saluran penafasan ketika bayi sedang tidur dalam keadaan meniarap atau mengiring, secara automatik bayi boleh tercekik atau tersedak tanpa pengetahuan ibu bapa sehingga boleh menyebabkan menyebabkan kematian.

Sumber: twitter

Macam mana kalau mereka meniarap sendiri?

Seperti biasa, netizen akan mengajukan soalan bila terdapat persoalan dalam fikiran mereka. Antara soalan yang diajukan kepada Dr. Nimelesh berbunyi seperti…

Lepas ni pantaulah dengan kerap sekurang-kurangnya setiap 30 minit walaupun si manja sedang tidur nyenyak.  Bukan apa, elakkan daripada berlaku sesuatu yang tak diingini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Ketahui Kedudukan ‘Car Seat’ Bayi Yang Betul Mengikut Peringkat Umur

Jangan Ikut Petua Merepek, Doktor Ini Ajar Cara Betul Hilangkan Kulat Susu Pada Mulut Bayi

 

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna