Boleh Jadi Mental Sebab Masalah Insomnia? Ini Kata Doktor..

Masih ramai rakyat di Malaysia mengalami masalah kesukaran untuk tidur malam. Tidur cukup dan berkualiti adalah sangat penting untuk memastikan kita dapat rehat cukup. Kajian daripada Jurnal Kesihatan Awam Asia Pasifik menunjukkan corak insomnia dalam populasi Malaysia adalah sebanyak 54%, dan 12.2% daripadanya datang daripada subjek yang sedang menderita insomnia tahap kronik.

Umumnya orang dewasa memerlukan 6-8 jam tidur setiap malam. Kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang, manakala golongan warga usia emas memerlukan masa yang lebih pendek di antara 4-5 jam sehari. Gangguan tidur merujuk kepada gangguan pada corak tidur.

Individu yang berdepan masalah untuk tidur dan tidur lena perlu mendapatkan nasihat doktor serta mengelak penggunaan pil tidur untuk jangka panjang, pakar perubatan memberi nasihat.

Apa itu Insomnia? 

Insomnia adalah satu keadaan dimana penderita tidak mendapat tidur yang cukup untuk dirinya samada dari segi kualiti atau kuantiti. Justeru penderita mendapati aktiviti seharian  mula terganggu dan tidak dapat berfungsi pada tahap sewajarnya. Penderita mendapati samada dia tidak boleh melelapkan mata atau bangun terlalu awal atau kerap bangun di waktu tidur dan tidak dapat lelap semula.

Proses tidur adalah agak kompleks dan terdiri dari beberapa tahap tetapi secara umumnya dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu;

Tahap I – mengantuk

Tahap 2 mula lelap mata – mula bermimpi

Tahap 3 – REM sleep – bermimpi berterusan dan pada waktu ini berlaku pergerakan mata (Rapid Eye Movement).

Tahap 4 non REM – umpama tidur mati – badan lumpuh, jantung dan penafasan perlahan  – ini adalah tidur sempurna di mana badan rehat sepenuhnya dan otak dicergaskan dengan pembentukan neurotransmitter baru – seumpama stock taking and penggantian.

Proses ini berulang antara 4 hingga enam kali semalam. Apa-apa gangguan dalam proses ini akan membawa kepada proses rehat yang terbantut dan memberikan keadaan insomnia.

via GIPHY

Mengapakah penyakit ini boleh berlaku?

Proses tidur ini melibatkan beberapa proses dalam otak dan melibatkan imbangan bahan-bahan kimia (neurotransmitters) dalam otak. Sekiranya proses ini terganggu, atau bahan kimia tersebut tidak seimbang, maka proses tidur akan terjejas. Walaupun kadang-kadang gangguan ini terjadi tanpa punca sebab yang boleh dikesan, kebanyakan kes terjadi kerana ada pendorong lain seperti ada penyakit lain dalam badan, keadaan kesihatan terganggu, keadaan tekanan atau stress belebihan, masalah fisiologi seperti pencernaan yang kurang baik atau gangguan seksual di antaranya.

via GIPHY

Juga gangguan dikamar tidur seperti TV, komputer atau telefon juga sering menyumbang kepada keadaan ini.  Kadang-kadang bunyi bising persekitaran seperti jiran yang bising atau pasangan tidur yang berdengkur juga memainkan peranan.

Berapa jam tidur yang diperlukan oleh orang dewasa? Untuk bebas penyakit Imsonia?

Ini berbeza dari individu ke individu. Biasanya diantara 6 hingga 10 jam tetapi ada yang lebih atau kurang daripada itu. Yang pentingnya individu itu harus segar setelah bangun dan kekal segar sepanjang hari walaupun jangka waktu tidurnya nampak singkat.

via GIPHY

Adakah imsonia boleh menyebabkan pesakit berpotensi untuk sakit mental?

Penderita tidak boleh menjadi gila atau rosak otak kecuali langsung tidak tidur dan ini jarang sekali berlaku. Walaupun begitu proses kurang tidur akan mengakibatkan gangguan neurotransmitter dan membawa kepada perasan gelisah (Anxiety) atau murung (depression).

Jika boleh keadaan bagaimana untuk ke arah itu?

Tidak boleh sebenarnya. Tetapi keadaan sebegitu tidak harus digalakkan atau dipandang ringan.

via GIPHY

Bolehkah penyakit ini diubati?

Pertamanya puncanya harus disiasat. Penderita harus diperiksa dengan teliti untuk kehadiran penyakit lain atau keadaan kesihatan yang terjejas. Tahap stress atau tekanan harus diambil kira dan stress yang boleh dielakkan harus dielakkan. Sleep hygiene iaitu menyediakan suasana tidur yang selesa dan nyaman harus diamalkan iaitu tiada gangguan dalam bilik tidur seperti TV atau komputer atau telefon. Pasanagan tidur harus juga bekerjasama setakat yang boleh tanpa membuat bising dan kalau kuat berdengkur dan ini menjadi gangguan, pasangan mungkin terpaksa tidur berasingan buat sementara sehingga keaddan ini boleh diatasi.

Minumlah susu suam atau chamomile tea sebelum tidur, elakkan merokok atau minuman keras. Makanan harus ringan dan mudah pencernaannya. Banyakkan senaman dan aktiviti sihat. Jangan menonton gambar yang menggerunkan atau menghairahkan sebelum tidur. Bacalah buku yang aman atau kitab, termasuk kitab agama sebelum tidur dan ubat penenang ringan boleh diberi sebagai langkah terakhir dengan pengawasan doktor bertauliah untuk sementara waktu. Ubat tidur tidak digalakkan sama sekali kerana ubat ini kalau disalahguna akan memburukkan masalah insomnia.  Kunjungilah doktor untuk mendapat nasihat menyeluruh.

Siapakah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini?   

Biasanya sesiapa pun boleh mendapat gangguan ini dan ianya jenis yang tidak memilih bulu. Walaupun begitu, biasanya individu yang berisiko seperti saya nyatakan di atas lebih cenderung. Ianya juga melibatkan mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat dari segi makanan, senaman dan aktiviti harian. Juga mereka yang mempunyai pola tidur yang tidak tetap atau terpaksa bekerja syif sering mengalami gangguan ini kerana otak mula keliru mengenai waktu untuk memulakan proses tidur ini.

Statistik yang tentang penyakit imsonia yang berlaku – kadar penyakit ini berlaku?

Ianya melibatkan antara 10 hingga 15 % orang dewasa dan meningkat untuk mereka yang lanjut usia dan wanita.

Keadaan ini janganlah dipandang ringan. Masyarakat memang meremehkan gangguan ini kerana dari kecil kita diajar bahawa tidur itu sesuatu yang tidak begitu penting dan hanya pemalas yang suka tidur. Juga diberitahu bahawa tiada kemudharatan yang boleh timbul akibat kurang tidur. Justeru kita tidak mengendahkan gangguan ini tetapi hakikatnya gangguan ini mewujudkan implikasi negatif terhadap kesihatan dan prestasi seseorang itu dan perlu diberi keutamaan sewajarnya.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:  Dr. Sathindren Santhirathelagan. Pakar Neurologi, Gleneagles Hospital Penang

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna