Bisikan Misteri Malam Akhir Ramadan Dorong Ibu Tukar Nama Anak

Satu bisikan misteri yang menjelma ketika sepuluh akhir Ramadan yang menyebabkan ibu kepada penyanyi remaja Malaysia yang terkenal, menukar fikiran dan mengubah nama anak bongsunya yang baru sahaja berusia sebulan.

Hazelina yang berusia 43 tahun itu sebelumnya meletakkan nama anak bongsunya yang baru lahir itu sebagai Nina Qalisya. Dalam pada itu, beliau terdengar akan satu suara bisikan lembut yang menyebut ‘Siti Maryam’ .

Sejurus sahaja mendengar bisikan lembut itu, Hazelina atau Riena terus memberitahu suaminya akan hasratnya mahu menukarkan nama anak bongsunya itu.  Setelah mendapat persetujuan suami, pertukaran nama dilakukan.

Kejadian itu berlaku ketika di bulan puasa dan dalam waktu bersahur. Semua yang berada di rumah sedang bersahur dan Hazelina yang berada dalam berpantang itu terdengar bisikan itu semasa berada di dalam bilik.

 

View this post on Instagram

 

Welcome to the world my new baby sister, Abang Aiman loves you so much 😘 semoga menjadi anak yang solehah dan berjasa pada keluarga satu hari nanti . ❤️ InshaAllah . Ameen Nina Qalesya ✨

A post shared by Therealaimantino (@official_aimantino) on

Mengikut penjelasan Hazelina, beliau mendengar bisikan itu dalam keadaan mamai atau sedar tak sedar dan dalam pada waktu memanggil nama bayinya yang masih kecil itu, dirinya seakan-akan terdengar suara bisikan yang menyebut ‘Siti Maryam’.

Tidak lama selepas itu, Hazelina mendapati dirinya terjaga dan terus memberitahu suaminya. Jelasnya lagi, suasana pada masa itu adalah pagi yang tenang. Suami dan anak-anaknya, pula bersetuju dengan cadangan pertukaran nama tersebut.

“Tak pernah terlintas difikiran akan nama baharu itu, saya anggap ada hikmah dengan apa yang berlaku”

Dalam waktu subuh itu juga mereka terus menukarkan nama bayi tersebut dan menurutnya anak itu masih berlum sempat didaftarkan kerana Perintah Kawalan Pergerakkan sedang berjalan ketika itu.

Hazelina dan keluarga percaya pertukaran nama bayi itu kepada Siti Maryam akan mendatangkan hikmah yang baik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber:Mstar

Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna