“Bini Kau Asyik Memerap Dalam Bilik Je!” – Perjuangan Sebenar ‘Breastfeeding Mom’

Penyusuan susu ibu adalah tentang kasih sayang dan kenyataan ini disokong sepenuhnya oleh selebriti yang bergelar ibu di Malaysia, Wardina Safiyyah Fadlullah yang percaya bahawa susu ibu adalah satu-satunya pilihan untuk ibu memberikan nutrisi kepada bayi mereka.

Bagi mengukuhkan lagi sokongan Wardina, Penyelaras Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia (WABA), Julianna Lim Abdullah berkata, sudah beratus-ratus kajian telah dijalankan selama 25 tahun yang lepas menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu merupakan cara optimum untuk memberikan nutrisi dan membesarkan bayi.

Sumber: hellosehat

Namun, dalam usaha menyusukan bayi tiada siapa yang tahu betapa sukarnya seorang ibu memberi susu badan kepada si kecil. Bukan ingin mengeluh tapi, tiada siapa yang faham kerana mereka tidak mengalami apa yang para ibu susuan alami.

Kepada yang tunding jari kata si ibu susuan pemalas, asyik bangun lewat, tak pandai urus diri, suka memerap dalam bilik dengan si manja, suka ambil kesempatan untuk bersenang-lenang. Walhal, yang sebenarnya tidak sama sekali.

Antara luahan ibu yang menyusu badan…

 

Realitinya…

Awal subuh lagi si ibu sudah tidak menang tangan melakukan kerja-kerja rumah. Tiba-tiba si comel merengek dengan mata terpejam, mulut ternganga tanda inginkan susu. Jadi, si ibu baring di sebelah menyusukan si comel sehingga diam.

Bila ditarik puting, mulut bulatnya mencengkam semula tanda tidak mahu dilepaskan, si ibu layankan lagi  anaknya mengharapkan si kecil tidur nyenyak tapi tempoh menunggu agak lama, bukan seminit dua. Maka si ibu pun tertidur sekali.

Seterusnya, bila orang kata ibu breastfeeding suka memerap dengan anak sampai biarkan suami makan seorang diri. Sebenarnya jauh di sudut hati para isteri tak nak biarkan pasangan makan seorang diri tapi apakan daya, si comel lapar.

Kalau dibiarkan si manja lapar dan menemani suami makan di ruangan makan, kasihanilah si manja yang juga kelaparan merengek bising mahukan susu dari ibu. Harap para suami memahami dan bersyukur kerana susu badan para ibu berjaya menjimatkan ribuan ringgit daripada membeli susu tin.

Oleh itu, hargailah setiap titisan susu yang keluar dari badan para isteri anda. Susu itulah yang membesarkan si kecil dengan sihat dan susu badan itu lah yang bantu jimatkan daripada membeli susu tin setiap bulan. Sayangilah dan hormatilah ibu yang menyusukan anak.

 

 

 

 

 

 

Sumber: kifarah media

 

 

Tags: , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna