Bila Waktu Ideal Lakukan Hubungan Intim Selepas Bersalin?

Aduh, rasa sakit lahirkan anak pun belum hilang lagi ini kan untuk mulakan hubungan kelamin bersama suami. Mesti rasa ngilu!”

Tanyalah mana-mana wanita yang baru lepas melahirkan bayi, rata- rata tidak akan bersedia untuk melakukan hubungan kelamin dalam masa terdekat. Tetapi mahu tidak mahu, anda perlu jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami tersayang. Apa pun lebih baik jika isu ini dapat dibincangkan bersama pasangan secara telus dan hati ke hati. Janganlah mempunyai perasaan tidak berhati perut memaksa melakukan seks jika ada yang tidak bersedia. Ia umpama anda merogol pasangan sendiri. Hubungan kelamin itu sendiri seperti semua ketahui adalah aktiviti yang menyeronokkan bukan menyakitkan pasangan.

Apabila ditanya, bila waktu dan masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim selepas bersalin, secara amnya anda dan pasangan perlu menunggu sehingga sebarang pendarahan selepas bersalin (darah nifas) si isteri berhenti. Elakkan mengadakan seks semasa pendarahan masih berlaku, ini kerana anda dan pasangan boleh mengalami jangkitan yang teruk pada kemaluan. Pendarahan ini selalunya berlaku selepas sahaja bersalin sehingga kira-kira tiga minggu selepas bersalin untuk berhenti proses pendarahan. Walaupun darah nifas telah berhenti sepenuhnya, luka yang berlaku dalam rahim akibat uri keluar masih dalam proses penyembuhan. Namun begitu, tidak ada waktu yang ditetapkan bila anda seharusnya mula memikirkan tentang seks semula. Apa yang penting ialah tunggu sehingga anda sedia dari segi fizikal dan mental. Bertolak ansur lah!

Sumber Foto: aloedoctor.com

  • Ada pasangan mula mengadakan seks semula dalam bulan pertama selepas si ibu bersalin.
  • Ada pasangan menunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu kerana kebanyakan wanita mengalami kekoyakan atau episiotomi.
  • Kebanyakan pasangan telah cuba mengadakan hubungan seks semula selepas habis pantang 100 hari kira-kira 3 bulan selepas bersalin.
  • Bagi pasangan yang prihatin selalunya akan menunggu sehingga selepas enam bulan. Kononnya beri si isteri sihat sepenuhnya luar dan dalam.

via GIPHY

 

Kalau anda belum bersedia untuk mengadakan seks, anda masih boleh bermesra dan bersentuhan dengan suami. Cubalah ini dahulu.

Sumber Foto: Google Image

  • Lakukan dengan berhati-hati dan perlahan-lahan agar hubungan seks tidak menyakitkan.
  • Cuba berpeluk-pelukan dan bermesra dahulu supaya anda akan beransur-ansur selesa disentuh secara seksual semula.
  • Lakukan banyak sentuhan lembut dan ciuman hangat.
  • Jika anda mula rasa sensitif atau tidak selesa, mintalah suami berhenti seketika. Suruh suami menyentuh klitoris anda perlahan-lahan. Sebaik sahaja anda rasa terangsang, maka aktiviti seks boleh diteruskan.
  • Cuba gunakan pelincir jika bahagian ‘bawah’ anda rasa sensitif kerana ini boleh membuatkan seks lebih selesa.
  • Cuba posisi yang tidak memberi terlalu tekanan pada mana-mana bahagian yang sensitif. Memulakannya dengan anda berada di atas bermakna anda boleh mengawal kadar dan kedalaman penetrasi.
  • Jika keletihan ialah penghalang utama anda, cuba bersama suami semasa bayi anda sedang tidur supaya anda tidak terlalu letih untuk menikmatinya.

p/s: Dengar cerita ada promosi menarik daripada Samsung. Untuk lebih info, klik di sini. 

 

Sumber: babycenter

Tags: , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna