Bila Tak Boleh Hidup Tanpa ‘Heels’ Ini Padahnya!

Kalau nak cantik, wanita sanggup berbelanja lebih dalam membeli barang yang mereka sukai seperti makeup, beg tangan dan kasut. Percaya tak jika apa yang anda pakai ianya bermula daripada jenis kasut apa yang anda sarungkan setiap hari dan ianya akan mempamerkan personaliti dan imej anda. Tak dapat dinafikan lagi, memakai kasut tinggi akan membuatkan anda tampak lebih tinggi, kurus dan seksi.

Image result for wear heels

Sumber: TheList

Tak hairanlah kalau wanita pada zaman kini, naik turun pengangkutan awam pun sanggup memakai kasut tumit tinggi nak nampak cantiklah katakan! Bukan hanya untuk nampak cantik bila memakainya tetapi ia akan menambahkan keyakinan diri anda ketika berjalan. Kalau kaki dah melecet, masih sanggup lagi ke untuk anda berjalan dengan penuh keyakinan? Bila kaki dah mula sakit, itu tandanya isyarat awal untuk anda kurangkan memakai heels kerana  terdapat beberapa masalah yang anda akan hadapi jika memakainya terlalu lama.

Related image

Sumber: triadfoot

Bagi anda yang sering memakai heels kemungkinan anda akan alami bunion iaitu benjolan pada sendi ibu jari kaki. Rata-rata wanita akan berasa sakit ketika apabila menyarungkan kasut kerana terkena pada benjolan. Anda disarankan untuk tidak memakai tumit tinggi selama 40 jam dalam seminggu. Be careful ye!

Image result for morton neuroma

Sumber: healthline

Aduh sakitnya melecet! Pernah tak anda mengalami tapak kaki melecet? Kadang-kadang sampai anda terpaksa membeli plaster untuk mengelakkan rasa sakit berlarutan. Sebenarnya masalah ini dipanggil Morton’s Neuroma dimana jika anda membiarkan rasa sakit itu berlarutan ia akan menjejaskan tisu dibawah tapak kaki sehingga ianya menebal dan akan akan berasa kebas dan sakit secara tidak langsung. Lagi parah apabila anda terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang tisu bagi menghilangkan simptom rasa sakit. Bagi yang tidak boleh hidup tanpa heels tu, apa kata anda gantikan dengan kasut wedges sebagai alternatif. Kan lebih selesa!

Keyword: Donna X Tulus

Artikel berkaitan:

Jangan Pandai Pakai Je, Kena Tahu Juga Jenis Setiap Kasut Anda

 

 

 

 

 

 

Sumber: mediacorp

Tags: , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna