Bila Situasi Gawat, Hidangan Ikan Talapia Masak Taucu Pun Dah Ok!

Bila keadaan Malaysia sekarang sudah ditahap kritikal disebabkan wabak berbahaya Koronavirus (COVID-19) dan orang ramai harus terhadkan pergerakan mereka pastinya mereka akan memikirkan stok makanan di rumah.

Itulah terjadinya ‘panic buying’ sampaikan kalau sekarang ni pergi pasaraya nak beli bahan basah seperti ayam, ketam, sotong, udang dan kerang kemungkinan besar stok habis! Apa yang tinggal hanyalah beberapa jenis ikan yang jarang kita masak.

via GIPHY

Masak apa?

Contohnya, ikan talapia. Kalau ikan selar kuning, ikan bawal, ikan keli dan ikan sardin memang cepat habis tapi menu apa nak masak ikan talapia ni?

Masak taucu je la! Tengah keadaan genting macam ni, masak simple-simple je. Nak masak meriah, confirm banyak bahan penting habis. Sekarang, jom kita tengok resipi ni.

Bahan-bahan

  1. Ikan talapia 3 ekor yang sudah digoreng.
  2. Taucu 2 bungkus
  3. Timun sebiji dipotong sebesar 2 cm (buang bahagian tengah)
  4. Air masak 2 cawan besar
  5. Bawang merah sebiji dipotong bulat
  6. Bawang holland sebiji dipotong bulat
  7. Cili merah 1 batang dihiris nipis
  8. Bawang putih yang sudah diketuk dan dihiris
  9. Halia besar ibu jari dipotong dadu
  10. Garam secukup rasa
  11. Gula

Cara penyediaan

  1. Tumis halia, bawang putih, cili dan bawang merah sehingga kekuningan atau naik bau.
  2. Masukkan taucu dan gaul sehingga naik bau.
  3. Masukkan air.
  4. Kemudian masukkan garam, gula dan ikan talapia yang sudah digoreng.
  5. Biarkan sehingga menggelegak.
  6. Masukkan timun dan bawang holland.
  7. Hidangkan!

Siap! Tak sampai 30 minit dekat dapur lepas tu dah boleh luang masa dengan keluarga atau me time sepuas-puasnya. Selamat mencuba!

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hidangan 15 Minit Untuk Menu Tumis Brokoli

Ambil Tahu Makanan Yang Perlu Diambil Bila Mengandung

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna