Bila Masa Tepat Ibu Ayah Kena Ajar Anak Buat Keputusan Sendiri?

Normal untuk setiap ibu bapa menginginkan perkara terbaik untuk anak mereka. Dalam tidak sedar, kita selalu akan membuat keputusan untuk anak kita. Kesannya, anak kita mungkin sudah terbiasa dan tidak tahu bila mereka perlu membuat keputusan sendiri.

Kebolehan membuat keputusan sebenarnya adalah kemahiran yang sangat penting untuk memastikan anak anda hidup sebagai seorang yang berdikari. Ia boleh penting untuk memastikan anak anda yakin dengan diri sendiri.

Maka, dalam artikel kali ini kita akan membincangkan bagaimana para ibu bapa boleh melatih anak mereka untuk lebih berani memilih keputusan sendiri.

BACA: Perlu Ke Mak Ayah Risau Kalau Anak Lelaki Perangai Lembut Sejak Kecil?

via GIPHY

Bertanggungjawab dengan segala yang dilakukan

Sejak kecil lagi, kita kena tekankan kepada anak-anak bahawa mereka mesti bertanggungjawab dengan setiap keputusan yang mereka lakukan. Contohnya kalau mereka memilih untuk memelihara ikan atau kucing. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menjaga dan memberi mereka makan.

via GIPHY

Ajar logik

Terangkan kepada anak-anak tentang  logik di sebalik  sesuatu keputusan itu dilakukan. Persoalkan alasan kenapa sesuatu keputusan itu dibuat walaupun hanya dari perkara kecil seperti nak tonton cerita apa atau nak pakai baju mana satu semasa bersiar-siar hujung minggu ini.

Risiko

Terangkan juga kepada anak anda bahawa setiap keputusan dan pilihan akan ada risiko yag perlu ditanggung. Apalagi kalau risikonya besar. Yakinkan anak anda bahawa mereka perlu berani untuk mengakui kesilapan jika berlakunya risiko yang tak diingini. Contohnya risiko kalau mandi hujan pada waktu petang mungkin anak anda akan terkena demam. Jika mereka jatuh sakit, mereka perlu tanggung akibatnya.

BACA: Demi Anak! Ketahui Masa Yang Tepat Untuk Bersarapan

via GIPHY

Belajar daripada kesilapan

Tak semua keputusan adalah tepat. Jadi, ajarkan kepada anak anda bagaimana untuk menerima keputusan yang salah. Jangan berputus asa untuk selalu mencuba perkara yang baru. Setiap kali anak anda melakukan keputusan yang bijak, pujilah mereka. Sekiranya mereka melakukan keputusan yang salah, tunjukkan kepada mereka apa yang benar.

Dengan ini, anak anda akan membesar menjadi seorang yang berani dan yakin dengan diri sendiri. Mana tahu, anak anda berbakat menjadi Perdana Menteri! Githeww!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: IDN Times

Tags: , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna