Bila Lelaki Masuk Dapur, Imam Muda Ashraf Tunjuk Skill Memasak

Kalau kita lihat di media sosial, para isteri banyak berkongsi gelagat lucu suami mereka apabila diminta membeli barang kepeluan dapur. Ada yang sanggup buat video call sepanjang proses pembelian di pasaraya untuk tunjuk memastikan sama ada barang yang dibeli betul.

Maklumlah, perintah kawalan pergerakan ni tak boleh keluar rumah lebih dari seorang. Mahu atau tidak, ketua keluargalah yang keluar membeli barang masakan. Nak suruh bini, risaukan pula keselamatan mereka. Kasihanlah para isteri. Sudahlah mereka pergi membeli barang, balik mereka juga yang masak.

Sumber: cariangoogle

Imam Muda Ashraf masuk dapur?

Para suami, bantulah apa yang patut seperti membeli barang tapi sebaliknya pula terjadi pada Imam Muda Ashraf apabila dia sendiri ke dapur menunjukkan bakat terpendamnya. Bakat apa tu?

Bakat memasak sarapan pagi menu Kuey Teow yang diberikan nama ‘Koey Teow Goreng Belasah Ikut Suka’. Menurutnya di kapsyen posting tersebut, video yang dimuat naik ini adalah disebabkan keinginannya untuk menjadi tukang masak selebriti media sosial.

Dia turut membuat pengakuan, sebenarnya bukan perkara mudah untuk menghasilkan sebuah video masakan. Perlukan banyak effort kreatif untuk dapatkan shot yang tepat dan tenaga kerana sebelah tangan perlu menggaul bahan manakala sebelah tangan lagi perlu memegang kamera.

Apa pun, nampak sangat menyelerakan Kuey Teow Imam Muda Ashraf! Untungnya isteri dapat suami yang boleh berdikari, siap memasak dan mampu buat tutorial lagi. Para suami dekat luar sana, bila lagi nak asah bakat memasak? Ihiks!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Apa Yang Anda Boleh Beli Dengan RM500 Duit KWSP Sebulan?

Wira Tak Didendang, Lihatlah Wajah Nurse Menjaga Pesakit COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: imammudaashraf

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna