Bila Lapar Dan Penat, Memang Sukar Nak Kawal Marah. Cara Ini Mungkin Berkesan

Time bulan puasa ni kita bukan sahaja perlu tahan lapar dan dahaga, tapi tidak melakukan sesuatu perkara mengikut hawa nafsu sendiri. Haih, kadang-kadang pasti anda berasa sukar untuk mengendalikan emosi, asyik rasa nak marah je. Mungkin badan dah penat, tidur tak cukup tambah pula perut lapar mesti ada je yang tak kena kan?

Related image

Sumber: stressworkshop

Jangan risau sebab Donna akan kongsikan kepada anda, cara mudah untuk kawal perasaan marah  dan membantu untuk mengendalikan emosi anda yang tidak stabil ketika berpuasa. Sebelum anda melontarkan sesuatu perkara kepada orang lain, anda harus mendiamkan diri dan berfikir seketika. Ini kerana, semasa anda sedang emosi ia mudah untuk anda berkata sesuatu perkara yang membuatkan anda menyesal selepas menyedarinya.

Image result for stress women

Sumber: everydayhealth

Bila sudah tenang, baru lah boleh bercakap kan? Bersabar bukan bermaksud mendiamkan diri, tenangkan diri anda terlebih dahulu dan jelaskan kepada orang lain apa yang anda rasa. Tetapi ingat bukan dalam keadaan marah dan elakkan untuk meninggikan suara.

Image result for stress women

Sumber: premierhealth

Kalau rasa penat atau lenguh pasti anda mahu gerakkan diri untuk mengurangkan rasa tekanan kan, jadi apa kata saat anda sedang marah gerakkan tubuh badan anda dan cuba pergi ke tempat yang lebih tenang. Berjalan-jalan atau membuat sesuatu perkara yang lain dapat membantu anda menghilangkan perasaan marah. Jangan marah-marah tau, nanti cepat tua! Hiks.

 

 

 

 

 

Tags: , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna