Bila Lagi Nak Cuba 4 Makanan Popular Di Sarawak Ni, Memang Padu!

Dah bosan dengan makanan orang Semenanjung, why not kali ini anda beralih ke makanan Sarawak. Haa, mesti tak pernah terfikir kan untuk mencuba makanan orang di sana. Untuk pengetahuan anda, Sarawak adalah negeri terbesar yang ada di Malaysia, jadi tak hairanlah kalau di sana terdapat pelbagai pilihan dan variasi makanan yang menarik dan sedap.

Kalau anda berkesempatan untuk pergi ke sana, jangan lupa untuk mencuba 4 makanan popular ini kerana rasanya yang ‘superb’ mampu membuatkan anda ingin datang ke Sarawak semula hiks! Jom lihat senarai makanan di bawah, ia bukan sahaja sedap malah makanan mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Kalau tak cuba, memang rugi tau.

Image result for mee kuching

Mee Kuching – Mee Dawai Yang Ranggup

Jika nak dibandingkan dengan Mee Kolok dan Laksa Sarawak, Mee Kuching ni memang tetap win! Ini kerana setiap satu hidangan mee ini mempunyai tarikan dan rasa yang tersendiri dan itu menyebabkan ia menjadi pilihan orang ramai. Mee Kuching juga dikenali sebagai Mee Dawai kerana ia akan dimakan semasa mee masih panas dan rangup.

Image result for mee kolok

Sumber: resepibonda

Mee Kolok

Sekali pandang, seakan-akan sama seperti Mee Kuching, tapi tidak ye! Ramai yang tidak tahu bahawa Mee Kolok dibawa masuk oleh kaum Cina ketika mereka berhijrah ke Sarawak. Untuk masyarakat berbangsa selain daripada Melayu, mereka memanggil mee ini sebagai mee Kampua, Rangkai atau Mee Kering.

Image result for laksa sarawak

Sumber: pamamedia

Laksa Sarawak

Asyik pekena Laksa Penang je, sekali sekala cuba tukar rasa pula. Laksa Sarawak ni sangat berbeza tau daripada laksa yang ada di Semenanjung. Kuah, mee, rasa dan bahan penyediaan juga lain daripada yang anda sering makan. Tekstur kuahnya seperti kari dan lebih pekat dan gabungan udang, telur dan hirisan ayam rebus membuatkan makanan ini penuh dengan rasa yang lengkap.

Related image

Sumber: libur

Kuih Lapis Sarawak

Kalau musim perayaan, kuih lapis Sarawak ni memang cukup popular kerana ia merupakan makanan wajib yang perlu ada pada hari perayaan. Bukan setakat warna lapisan kek yang meriah dengan pelbagai warna, tapi sekali masuk ke dalam mulut anda boleh dapat merasai kelembutan tekstur kek itu yang sedap dan amat sesuai dinikmati pada waktu petang.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut bersyukur kerana sering disajikan dengan pelbagai variasi makanan yang sedap dan lazat. Ia memberi anda peluang untuk mencuba sesuatu yang baru dan menikmati bersama dengan yang lain.

 

Untuk artikel lebih menarik, anda boleh klik link di sini :

Malas Nak Bergerak Tapi Masih Mahu Bersama? Anda Patut Cuba Posisi Ni

 

 

 

 

 

Sumber: iloveborneo

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna