Bila Dah Cecah 3 Siri, 10 Rutin Ni Wajib Buat Setiap Hari

Bila dah masuk 3 siri ni, macam-macam kita mula berfikir. Bagi yang dah berkahwin, mereka akan fikir soal keluarga, kerjaya dan komitmen yang ditanggung tapi bagi yang belum berkahwin mungkin akan fikir soal jodoh atau majlis pernikahan yang akan datang. Iyalah, sampai bila nak hidup solo, kan? Lainlah masa usia 20-an dulu.

Tapi, jalan hidup setiap orang berbeza-beza. Kita tak boleh nak pertikaikan atau menghukum buku cerita mereka. Takut nanti, sibuk hal orang hidup kita pula yang tunggang-terbalik. Daripada sibuk menilai kisah orang, apa kata anda sibukkan diri lakukan 10 perkara ni untuk mengamalkan gaya hidup sihat sekaligus memberi kesihatan tubuh.

Sumber: unsplash

Maklumlah, umur makin meningkat ni, badan makin cepat penat. Lainlah zaman muda dulu, bertenaga nak ke sana ke mari, enjoy sana-sini. Sekarang ni, slow lah sikit. Orang kata, buka lebaran musim baru dan mulakan gaya hidup yang lebih efektif, gitchew! 

Untuk mulakan kehidupan baru, berikut adalah rutin wajib dilakukan pada setiap hari. Kalau anda praktikkan dengan penuh disiplin anda akan nampak perubahan dalam masa seminggu hingga dua minggu. Percayalah!

  1. Berjalah lebih kurang 9,000 langkah.
  2. Waktu tidur cukup 8 jam.
  3. Dapatkan air masak 7 gelas sehari.
  4. Wajib untuk pengambilan buah dan sayuran.
  5. Dapatkan rehat 5- 15 minit selepas melakukan sesuatu kerja berat.
  6. Curi masa untuk meditasi 2 – 3 minit.
  7. Makan 3 kali sehari
  8. 2 jam sebelum tidur pastikan diri jauh dari telefon mudah alih.
  9. Lakukan aktiviti yang melibatkan fizikal seperti berbasikal.
  10. Mendirikan solat.

Nampak mudah je kan? Benda mudah ni la yang susah nak buat tapi tak apa, untuk permulaan buat sikit-sikit dulu. Jangan push okay?

 

Untuk bacaan yang lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Aktiviti Wajib Buat Di Pantai Bila Dengan Si Manja ,

 Lakukan Aktiviti Ini Untuk Dapatkan Pagi Yang Produktif

 

 

 

Sumber: fitnessexercises

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna