Bila Dah Berusia, Ambil Tahu Jenis Makanan Penyebab Darah Tinggi

Baca tajuk je dah buat kita mula terfikir tentang keadaan kesihatan kita. Saban tahun umur makin meningkat dan antibodi makin lemah, kolegen pun makin berkurang sampai garisan halus tepi mata sudah mula kelihatan.

Itu tandanya kita perlu berhati-hati dengan keadaan kesihatan kita dan perlu alert dengan jenis makanan yang kita ambil pada setiap hari sama ada sihat atau tidak. Kalau tak jaga pemakanan memang mudahlah dapat penyakit.

Sumber: fmt

Bukan nak menakutkan, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III di Malaysia menunjukan peratus penyakit darah tinggi adalah sebanyak 32.3%. Jadi, untuk mengetahui makanan yang menyebabkan anda boleh terkena darah tinggi adalah…

Garam

Garam mengandungi kalium dan natrium yang sifatnya sangat mudah menyerap air. Akibatnya, pencernaan bahagian usus kecil tidak normal dan menyebabkan tekanan darah meningkat.

Lagipun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setiap individu harus mengambil tidak lebih 1 sudu teh garam iaitu 5g sahaja sehari. Cuba semak semula, jumlah garam dalam sehari anda ambil.

Jangan kata tak ada ye sebab kalau kami senaraikan, memang banyak. Antaranya, makanan segera, ikan & telur masin, makanan tin, makanan diproses dan banyak lagi!

via GIPHY

Alkohol

Kandungan bahan yang ada dalam alkohol mampu membuat degupan jantjng anda bergerak laju sekaligus memberikan tekanan darah anda tinggi. Ini peringatan kepada semua orang agar tidak minum alkohol tak kira beragama Islam atau tidak.

Kopi

Mungkin ada yang mengatakan mereka wajib mengambil kopi dan jika tidak, badan mereka akan berasa lesu tapi sebenarnya, kopi adalah salah satu faktor anda boleh terkena darah tinggi. Jadi, bila usia semakin meningkat ni, berpada-padalah kerana kafein akan buat jantung anda mengepam lebih laju walaupun tidak melakukan apa-apa.

via GIPHY

Macam mana nak tahu bacaan darah tinggi?

Untuk mengetahui tekanan darah normal atau tidak, lihat bacaan nombor pada mesin. Jika  120/80 mmHg, maknanya bacaan tekanan darah adalah normal. Tapi, jika anda menghidapi hipertensi atau darah tinggi, bacaan akan melebihi 140/90 mmHg.

Kena ingat! Apa yang kita makan hari ini akan mencerminkan kesihatan kita pada akan datang. Jangan nanti menyesal tidak berkesudahan.

Apa pun, semua wanita perlu membuat ujian kesihatan paling kurang dua kali setahun terutama wanita yang sudah berkahwin. Okay ladies?!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Senarai Ikan Yang Boleh Dimakan Ketika Berpantang

Ibu Lepas Bersalin Perlu Kenal Jenis-Jenis Meroyan

 

 

 

 

 

 

Sumber: myhealth , idntimes

Tags: , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna