Bila Anak Lelaki Mula Membesar, Para Ibu Kena Tahu Cara Terang Pada Mereka Apa Itu Ihtilam

Menimang cahaya mata adalah keinginan setiap pasangan dan bila dah dikurniakan anak tak kira perempuan atau lelaki, ibu bapa harus menjalankan amanah dengan betul. Antaranya, berikan didikan secukupnya, beri kasih sayang, pantau gaya hidup mereka dan sentiasa berikan nasihat. Itulah yang kebanyakan ibu bapa akan lakukan.

Malangnya, tak ramai para ibu ambil tahu tentang ihtilam. Ha, mesti ada sesetengah daripada kita baru pertama kali dengar dan terpinga-pinga apa itu Ihtilam, kan? Ihtilam ni berlaku dalam kalangan anak lelaki yang nak masuk alam remaja atau erti kata lain, mereka yang baru kali pertama keluar air mani.

Tapi jangan salah faham pula sebab anak perempuan tak ada tau? Menurut seorang pengguna twitter, dia membuat perkongsian kepada orang ramai 3 cara menerangkan pada anak lelaki mereka tentang Ihtilam ni. Caranya adalah…

  1. Beritahu mereka, bila usia meningkat remaja iaitu 10-15 tahun mereka akan mengalami ihtilam dimana mereka akan mengalami satu mimpi yang seronok dan untuk penerangan lebih lanjut soal mimpi yang bagaimana. Minta ayahnya terangkan sebab mereka pernah mengalaminya.
  2. Ceritakan apa yang berlaku semasa ihtilam seperti tempat tidur akan basah. Selain itu, komposisi dan keadaan air mani perlu ceritakan perbezaannya. Contohny; “Abang, nak kenal air mani, air mani ni pekat, hanyir dan berwarna putih seperti air barli. Bila basah, air mani pekat. Bila kering, di kain atau seluar air mani ini terasa keras sedikit”, terangkan dengan detail tentang dua jenis air ini.
  3. Ajar anak mandi wajib dengan betul  selepas tahu mengalami ihtilam.

Sumber: infoaday

Jangan pandang perkara ni remeh. Nak atau tak, kena juga terangkan pada anak-anak kita yang meningkat remaja. Pendidikan seks secara tak langsung boleh dilakukakn di rumah supaya mereka tidak ada rasa ingin mencuba sesuatu yang baru.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lelaki Mula Dari Huruf A Ni Memang Pandai Melayan Anak Ke?

Ingat! Terima Menantu Biar Sesuai Untuk Anak, Bukan Ikut ‘Taste’ Kita

 

 

 

Sumber: twitter

Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post Next Post

Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *

0 shares
Donna